Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia – murah tapi power

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 1

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 2

realme secara rasminya telah melancarkan realme 13 Series 5G di Malaysia pada harga dari RM 1,199 sahaja

Diberi gelaran Gaming Dominator, realme 13+ 5G  ini dikuasakan cip Dimensity 7300 Energy bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman 256GB. realme 13 5G pula  dikuasakan cip Dimensity 6300 dengan 8GB RAM dan storan 256GB.

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 3

Selain itu, realme 13+ 5G dan realme 13 5G juga memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 2,000nits.

Selain itu, realme 13+ 5G juga boleh menyokong mod 90fps bagi lima permainan mudah alih yang termasuk Call of Duty: Mudah Alih, Free Fire, Honor of Kings (HOK), Mobile Legends: Bang Bang dan PlayerUnknown’s Battleground ( PUBG). Terutama, pemain HOK mampu menawarkan kadar 120fps sambil menikmati kualiti ultra grafik dalam permainan.

Beralih kepada kamera, realme 13+ 5G hadir dengan sensor utama 50MP LYT-600 dan sensor ultrawide 8MP manakala realme 13 5G pula hadir dengan sensor utama 50MP f/1.9 dengan OIS dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 4

Selain itu, realme 13+ 5G juga mempunyai sistem penyejukan VC keluli tahan karat seluas 6050mm², yang menawarkan pengurangan suhu sehingga 19°C di kawasan teras, manakala realme 13 5G mempunyai 2249mm², kedua-duanya memiliki sistem  penyejukan terbesar dalam segmen .

Seterusnya, realme 13+ 5G juga hadir dengan pengecasan 80W Ultra Charge manakala realme 13 5G mempunyai pengecasan 45W Ultra Charge.

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 5

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 2

realme 13+ 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,399 bagi versi 12/256GB dan RM 1,799 bagi versi 12.512GB bermula  19 Oktober manakala realme 13 5G akan dijual pada 1 November dengan harga RM 1,199.

Mulai 19 Oktober hingga 18 November, pembeli boleh mendapatkan realme 13+ 5G, (12/512GB) pada harga RM 1,699 sahaja (diskaun RM 100).

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 7

Lebih lanjut, pembeli boleh akan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM799 semasa jualan pertama, yang berlangsung dari 19 Oktober hingga 18 November. Hadiah ini termasuk Techlife Wireless Earbuds, Waranti Kerosakan Skrin selama 365 hari dan Waranti 730 hari untuk perkakasan.

realme 13 Series 5G akan tersedia dalam rakan kongsi telco termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, dan rakan kongsi runcit seperti DirectD dan Urban Republic.

realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 8realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 9realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 10realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 11realme 13+ 5G dan realme 13 5G kini rasmi di Malaysia - murah tapi power 12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.