Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengering rambut Acerpure Beauty dan penapis udara Acerpure Cool C3 kini rasmi di Malaysia

Pengering rambut Acerpure Beauty dan penapis udara Acerpure Cool C3 kini rasmi di Malaysia 1

Pengering rambut Acerpure Beauty dan penapis udara Acerpure Cool C3 kini rasmi di Malaysia 2

Acer Malaysia secara rasminya telah mengumumkan kedatangan barisan produk baharu untuk penjagaan rambut iaitu Acerpure Beauty, untuk meningkatkan rutin rumah kepada tahap profesional dengan senang.

Pada masa yang sama, Acerpure juga menambah fungsi lampu malam kepada penapis dan pengedar udara Acerpure Cool C3, menekankan komitmen mereka dalam peralatan rumah yang inovatif.

Acerpure, sebuah anak perusahaan Acer Group, membuat penampilan antarabangsanya dengan barisan produk penapis udara di tahun 2020.

Pengering rambut Acerpure Beauty dan penapis udara Acerpure Cool C3 kini rasmi di Malaysia 3

Acerpure Beauty HD2 DS744-10W – Dandanan Tangkas, Berkuasa, Serba Boleh

Acerpure Beauty HD2 DS744-10W adalah sebuah alat pengering dan penggayaan rambut ionik 2-dalam-1 yang menggabung kuasa, ketepatan, dan perlindungan dalam reka bentuk yang anggun dan ringan. Ia menunjukkan kepesatan teknologi penjagaan rambut dan membolehkan dandanan rambut tahap profesional yang lebih sihat dan mudah untuk para pengguna.

Peranti ini dilengkapkan dengan motor DC tanpa berus 110,000 RPM, menghembus isi padu udara sehingga 16L/s untuk pengeringan yang cepat lagi senyap walaupun di kuasa yang tertinggi. Kesempurnaan rabut seakan sutera boleh dicapai berkat teknologi 220 juta anion konsentrasi tinggi yang mengurangkan keriting.

Alat pengering dan pengayaan rambut 2-dalam-1 ini beralih antara udara panas dan sejuk dengan pintar untuk mengelakkan kerosakan rambut dari haba dan menyediakan dandanan yang lebih selamat dan konsisten, dicapai melalui Mod Hair Care AI. Para pengguna boleh menggunakan Mod AI dengan menekan butang haba untuk tiga saat. Lampu penunjuk haba akan berkelip ketika mod ini diaktifkan.

Pengawal haba 75°C pintar mengukur haba lebih dari 1,000 kali setiap saat, dan mengawal haba melalui sistem cip kawalan berprestasi tinggi untuk penjagaan rambut yang halus. Datang dengan tujuh aksesori dandanan yang boleh dipasang, para pengguna boleh menciptakan pelbagai gaya rambut, dari rambut yang lurus anggun kepada bergelombang besar dengan senang.

Ia juga dilengkapkan dengan fungsi Pembersihan Pintar yang membalikkan aliran udara untuk membersihkan habuk dan mengekalkan prestasi terunggul dengan senang.

Hanya seberat 400g, reka bentuk ergonomik Acerpure Beauty HD2 DS744-10W menawarkan keselesaan dan pengawalan yang unggul untuk mengurangkan keletihan di tangan ketika penggunaan. Acerpure Beauty HD2 DS744-10W, di samping tujuh aksesori dandanannya, dibungkus dengan kemas dalam kotak perjalanan, menjadikannya sesuai untuk melancong.

Tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acerpure dalam Shopee, Acerpure Beauty HD2 DS744-10W dijual dengan harga rasmi RM999.

Pengering rambut Acerpure Beauty dan penapis udara Acerpure Cool C3 kini rasmi di Malaysia 4

Acerpure Cool C3 – Teman Bilik Tidur untuk Udara yang Tulen

Di samping alat pengering dan penggayaan rambut pintar 2-dalam-1, Acer malaysia juga memperkenalkan Acerpure Cool C3 – peranti padat yang berguna sebagai penapis udara, pengedar udara, dan lampu malam, mengekalkan udara yang sejuk dan bersih dalam rumah.

Aliran udara berputar 3D membolehkan penyejukan yang cepat, manakala penapis HEPA 3-dalam-1 memerangkap alergen, bakteria, dan virus, memastikan udara dalam ruang yang lebih bersih dan sihat. Dengan fungsi lampu malam, peranti ini juga membantu menciptakan persekitaran tidur yang selesa, menjadikannya penyelesaian serba boleh yang membantu kanak-kanak tidur dengan selesa.

Ciri-ciri mesra pengguna seperti penyelarasan ketinggian manual, perputaran horizontal automatik, dan pengawal jarak jauh magnetik meningkatkan kemudahan. Dengan tahap bunyi serendah 25dB, kesenyapannya menjadikannya sesuai untuk bilik tidur dan bilik kanak-kanak.

Tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acerpure dalam Shopee, Acerpure Cool C3 dijual dengan harga rasmi RM999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.