Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 1

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 2

Jenama teknologi global HONOR telah melancarkan rangkaian peranti flagship yang dikuasakan oleh AI, baru-baru ini. Tiga peranti ini direka dengan keupayaan berkuasa dan ciri-ciri inovatif secara individu. Rangkaian peranti ini termasuk:

  • HONOR Magic V3: Diiktiraf sebagai telefon boleh lipat AI yang paling nipis dan ringan di dunia. HONOR Magic V3 menggabungkan rekaan canggih dengan ciri-ciri AI, menetapkan standard baharu dalam teknologi mudah alih.
  • HONOR MagicBook Art 14: Komputer riba HONOR yang paling nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 1cm dan seberat 1kg telah mencetuskan bualan dalam industri teknologi dengan kamera magnetik termaju, direka untuk meningkatkan lagi kemudahan bergerak tanpa menjejaskan privasi  pengguna.
  • HONOR MagicPad 2: Tablet ini membawakan paparan OLED 3K yang menerajui industri, menjadikannya satu-satunya tablet dalam segmennya yang menawarkan kualiti paparan yang luar biasa, sesuai untuk menonton bahan media dan menjalankan tugasan kreatif.

 

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 3

Teknologi HONOR MagicRing Yang Revolusioner

Bagi meningkatkan lagi keupayaan peranti-peranti pintar ini, sistem pengoperasian MagicOS 8.0.1 yang berkeupayaan AI untuk semua senario menyediakan penyelesaian yang meluas untuk menembusi sempadan peranti peribadi. Teknologi HONOR MagicRing memupuk ekosistem bersepadu yang dengan lancarnya membawa dan mengkongsikan perkhidmatan, menyumbang kepada pengalaman kehidupan yang pintar dan cekap.

MagicRing menjamin pengalaman kehidupan pintar untuk silang sistem, silang peranti, silang aplikasi yang berpusatkan pengguna, seterusnya mentransformasikan kehidupan yang berteraskan peranti kepada berteraskan insan.

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 4

HONOR Magic Ring yang dibolehkan oleh AI menyokong rangkaian perkhidmatan, menawarkan keupayaan peneraju industri dengan 8 operasi serentak merentasi semua peranti. Ciri-ciri ini termasuk Connected Call, Connected Notification, Connected Input, Connected Camera, Connected App, Connected File, Connected Screen dan Network Tethering.

~ Connected Calls (Ketersambungan panggilan)

Walaupun tidak mempunyai kad SIM, HONOR MagicBook Art 14 dan HONOR MagicPad 2 boleh berkongsi keupayaan membuat panggilan melalui HONOR Magic V3. Pengguna boleh menjawab atau membuat panggilan pada tiga peranti tersambung ini untuk berkomunikasi secara bebas dan mudah.


~ Connected Notification (Ketersambungan Makluman)

Pengguna kini boleh menerima makluman mudah alih seperti makluman penggera atau mesej pada platform media sosial seperti WhatsApp dan Instagram, serta makluman penggera di semua peranti yang tersambung antara satu sama lain.


~ Connected Input (Ketersambungan Input)

HONOR Magic V3 dan HONOR MagicPad 2 boleh berkongsi papan kekunci, tetikus, atau pad sesentuh HONOR MagicBook Art 14 untuk mengawal peranti dengan lancar. Pengguna boleh menyeret dan menjatuhkan imej dan fail antara peranti, dengan memanfaatkan kelebihan yang ada pada setiap peranti untuk kemudahan dan kecekapan tugas dan pembelajaran.


~ Connected Camera (Ketersambungan Kamera)

Melalui perkongsian kamera, kamera hadapan dan belakang HONOR MagicPad 2 dan HONOR Magic V3 boleh dikongsikan dengan HONOR MagicBook Art 14 untuk menangkap atau merakam gambar atau video dalam masa sebenar. Sebagai contoh, jika pengguna menggunakan komputer riba semasa bermesyuarat, pengguna juga boleh menggunakan kamera pada tablet untuk merakam imej yang fleksibel dan jelas dengan kualiti bertaraf profesional.


~ Connected Apps (Ketersambungan Aplikasi)

Aplikasi dan tugasan berjalan lancar antara peranti untuk pengalaman bekerja yang tiada gangguan. Sebagai contoh, pengguna boleh memindahkan fail telefon yang sedang disunting terus ke komputer riba untuk meneruskan suntingan.

~ Connected File (Ketersambungan Fail)

Menerusi HONOR Share, fail-fail boleh diakses di sepanjang peranti yang disambungkan tanpa perlu menyambung wayar fizikal atau perkakasan secara langsung.

~ Connected Screen (Ketersambungan Skrin)

Skrin boleh dikongsi dengan peranti menggunakan akaun sama yang disambungkan dalam MagicRing, menjadikan kolaborasi multiskrin menjadi lebih bertumpu dan cekap. Terdapat dua mod iaitu Mirror Mode dan Extend Mode. 


Mirror Mode ialah tetapan paparan yang mana konten pada HONOR MagicBook Art 14 pendua pada HONOR MagicPad 2 atau HONOR Magic V3. Kedua-dua skrin memaparkan konten yang sama dalam masa sebenar. Ciri ini ideal untuk pembentangan atau demonstrasi dengan visual yang sama terpampang pada kedua-dua peranti dan skrin yang ditonton oleh orang lain.

itu, ciri ini berguna untuk tugasan yang memerlukan konten yang diselarasakan antara beberapa paparan. Sebagai contoh, semasa mesyuarat pengguna boleh melakar idea pada masa sebenar di HONOR MagicPad 2 dan cermin skrin tersebut kepada paparan lebih besar untuk kolaborasi kumpulan.

Bagi Extend Mode pada HONOR MagicBook Art 14, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan HONOR MagicPad 2 atau HONOR Magic V3 sebagai paparan sekunder. Ini membolehkan pemindahan jendela dan aplikasi antara peranti, meluaskan lagi ruang kerja secara lebih cekap.

Ianya sesuai untuk multitugas, kerana pengguna boleh memiliki beberapa aplikasi atau dokumen berbeza dibuka pada setiap skrin untuk tugasan yang lebih efisien. Mod ini amat berguna untuk membuat penyelidikan dan tugasan penulisan.

Pengguna boleh menjalankan analisis data pada komputer riba sambil menggunakan tablet sebagai paparan tambahan bagi tujuan membaca kertas kajian atau mengambil nota.

Network Tethering (Tambatan Rangkaian)

Apabila tiada perkhidmatan Wi-Fi, pengguna boleh berkongsi data mudah alih telefon pintar mereka dengan tablet dan komputer riba dengan hanya satu klik tanpa perlu menetapkan hotspot, agar mereka boleh melayari internet tanpa gangguan.

Tersedia Di Seluruh Negara

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 5

HONOR Magic V3 kini ditawarkan pada harga RM6,999 didatangkan dalam memori RAM 12GB dan storan 512GB. Peranti boleh lipat ini tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black. 

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 6

Bagi HONOR MagicBook Art 14 pula, komputer riba ini berharga RM5,999, dilengkapi dengan memori RAM 16GB dan storan 1TB. Ia tersedia dalam warna Emerald Green.

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar ​ 7

Peranti HONOR MagicPad 2 ditawarkan pada harga RM2,799 yang didatangkan dengan HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Magic Keyboard percuma (bernilai RM898). Tablet ini mempunyai memori RAM 12GB + 8GB dengan storan 256GB ROM. Ia didatangkan dalam warna Moonlight White dan Black.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.