Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 1

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 2

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship killer Xiaomi 14T Series di Malaysia sebentar tadi dan ianya ditawarkan didalam dua model iaitu Xiaomi 14T dan Xiaomi 14T Pro.

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 3

Xiaomi 14T dan Xiaomi 14T Pro hadir dengan skrin paparan CrystalRes AMOLED (1.5K)6.67-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima sehingga 4,000nits. Kedua-dua model juga hadir dengan kamera selfie 32MP.

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 4

Setaraf dengan moniker Pro, Xiaomi 14T Pro adalah model yang lebih berkuasa dan ianya hadir dengan cip Dimensity 9300+ bersama 12GB RAM atau 16GB RAM.

Kedua-dua telefon pintar ini juga memiliki penarafan IP68 namun panel belakang 14T Pro memiliki adalah melengkung manakala 14T memiliki panel belakang flat.

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 5

Seterusnya, Xiaomi 14T Pro memiliki sensor utama 1/1.31″ 50 MP Light Fusion 900, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 50MP 60mm. Ianya membawakan lensa Leica dengan ciri  Leica photographic styles ,Leica filters dan bunyi Leica classic shutter.

Beralih kepada bateri, Xiaomi 14T Pro memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 6

Xiaomi 14T pula hadir dengan cip Dimensity 8300 Ultra bersama 12GB RAM, bersama bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W namun tiada pengecasan tanpa wayar.

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 7

Selain itu, Xiaomi 14T juga hadir dengan sensor utama 50MP 1/1.56-inci dengan IMX906, sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 12MP.

Akhir sekali, Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T hadir dengan HyperOS bersama ciri Advanced AI, Google Gemini dan Circle to Search.

Xiaomi 14T Pro dan Xiaomi 14T kini rasmi di Malaysia 8

Xiaomi 14T akan ditawarkan didalam warna iTitan Gray, Titan Blue, Titan Black, dan faux leather Lemon Green didalam versi 12/256GB pada harga RM 1,899 dan RM 2,199 bagi versi 12/512GB.

Xiaomi 14T Pro pula akan ditawarkan didalam warna Titan Gray, Titan Blue, dan Titan Black dengan dua pilihan storan iaitu 12/256GB pada harga RM 2,599,  versi 12/512GB pada harga RM 2,999 dan RM 3,499 bagi versi 12/1TB.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.