Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro dengan skrin Tandem OLED akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini

HUAWEI MatePad Pro dengan skrin Tandem OLED akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini 1

HUAWEI MatePad Pro dengan skrin Tandem OLED akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini 2

Pada majlis pelancaran global HUAWEI di Barcelona minggu lalu, HUAWEI juga telah memperkenalkan tablet HUAWEI MatePad Pro.

HUAWEI MatePad Pro terbaru ini hadir dengan skrin paparan dual-layer Tandem OLED PaperMatte berukuran 12.2-inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima mencecah 2,000nits.

HUAWEI MatePad Pro dengan skrin Tandem OLED akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini 3

Selain itu, HUAWEI MatePad Pro ini dikuasakan cip Kirin T91, memiliki 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB serta menjalankan HarmonyOS 4.2.

Seterusnya, tablet terbaru HUAWEI ini memiliki bateri 10,100mAh dengan pengecasan Turbo Charging yang mampu memberikan 100% pengecasan didalam 55 minit dan Smart Power Conserve memastikan tablet boleh dihidupkan dengan pantas walaupun selepas setahun tidak digunakan.

HUAWEI MatePad Pro dengan skrin Tandem OLED akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini 4

Dalam pada itu, MatePad Pro ini juga memiliki butang kuasa dengan sensor capjari, 4 pembesar suara HUAWEI Sound, ciri antena 360° dan sokongan M-Pencil dan papan kekuncin dengan teknologi NearLink.

HUAWEI MatePad Pro dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini bersama-sama HUAWEI Watch GT 5 Series.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.