Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan iPhone 16 Series dilaporkan tidak menepati jangkaan – iPhone 16 Plus paling laris

Jualan iPhone 16 Series dilaporkan tidak menepati jangkaan - iPhone 16 Plus paling laris 1

Jualan iPhone 16 Series dilaporkan tidak menepati jangkaan - iPhone 16 Plus paling laris 2

Menurut analisis pra-tempahan iPhone 16 Series oleh Ming Chi-Kuo, pra-tempahan bagi iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max adalah lebih rendah berbanding jangkaan namun pra-tempahan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus adalah melebihi jualan tahun lepas.

Kuo telah membuat analisis ini berdasarkan jangka waktu penghantaran iPhone 16 di laman web Apple dan  kaji selidik rantaian bekalan dan telah merumuskan beberapa statistik seperti berikut :

  • Tempahan iPhone 16 Pro Max turun 16% berbanding tahun lepas
  • Tempahan iPhone 16 Pro turun 27% berbanding tahun lepas
  • Tempahan iPhone 16 Plus meningkat 48% berbanding tahun lepas
  • Tempahan iPhone 16 naik 10% berbanding tahun lepas

Jualan iPhone 16 Series dilaporkan tidak menepati jangkaan - iPhone 16 Plus paling laris 3

Menariknya, rata-rata pengguna lebih berminat dengan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus berbanding model Pro yang lebih mahal.

Secara keseluruhan, 37 juta unit iPhone 16 Series telah dijual, penurunan sekitar 12.7% daripada iPhone 15 Series pada minggu pertama. Walaupun pertumbuhan tinggi dalam jualan iPhone 16 Plus, penurunan permintaan iPhone 16 Pro adalah lebih teruk.

Dalam pada itu, Ming Chi-Kup juga mendakwa bahawa dia percaya Apple mungkin melaksanakan strategi produk iPhone yang lebih agresif pada 2025 untuk merangsang permintaan pasaran, jika Apple Intelligence dan promosi lain mempunyai kesan terhad terhadap jualan iPhone 16 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.