Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A06 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 449 sahaja

Samsung Galaxy A06 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 449 sahaja 1

Samsung Galaxy A06 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 449 sahaja 2

Samsung secara rasminya telah mengumumkan satu lagi model kelas entry-level iaitu Galaxy A06 pada harga RM 449 sahaja.

Terus ke spesifikasi, Galaxy A06 hadir dengan skrin paparan PLS LCD berukuran 6.7-inci dengan resolusi HD+ bersama cip MediaTek Helio G85, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada kamera, Galaxy A06 ini memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP.

Seterusnya, telefon pintar ini juga memiliki bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 25W yang menawarkan 50% pengecasan didalam masa 30 minit. Ianya juga mempunyai ciri keselamatan Knox Vault yang melindungi data peribadi anda daripada ancaman penggodam.

Menariknya, Samsung juga telah mengesahkan bahawa Galaxy A06 ini akan menerima dua kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Samsung Galaxy A06 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 449 didalam tiga warna iaitu Light Green, Black dan Light Blue. Setiap pembelian akan turut menerima adapter pengecasan 25W dan 1 tahunan lanjutan waranti.

Dapatkan Galaxy A06 di Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.