Nothing Phone (2a) Plus kini rasmi di Malaysia – RM 1,999
Nothing secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar Nothing Phone (2a) Plus di Malaysia yang mana ianya adalah varian Nothing (2a) yang telah ditambah baik. Ianya ditawarkan didalam dua warna baharu iaitu Black dan Metalic Gray.
Beralih kepada bahagian dalaman, Nothing Phone (2a) Plus ini dikuasakan cip Dimensity 7350 Pro yang menawarkan 10% peningkatan prestasi CPU dan 30% peningkatan prestasi GPU. Ianya beroperasi pada Nothing OS 2.6 yang berasaskan Android 14 dengan 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan serta intergrasi ChatGPT.
Pada bahagian hadapan pula, Phone (2a) Plus tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima sehingga 1,300nits dan HDR10+.
Ke bahagian kamera pula, Phone (2a) Plus tampil dengan sistem dwi-kamera 50MP f/1.88 dengan OIS dan sensor ultrawide 50MP f/2.2 dengan fokus tetap. Kamera selfie pada model Plus ini adalah 50MP f/ yang menyokong rakaman video 4K 30fps.
Dalam pada itu, Phone (2a) Plus juga memiliki bateri terbesar dikalangan telefon pintar Nothing iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pantas 50W
Nothing Phone (2a) Plus kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 didalam varian 12/256GB bermula 5 September 2024 .
Dapatkan Nothing Phone (2a) Plus di
-
- Lazada Nothing Flagship Store
- Shopee Nothing Official Store
- DirectD
- TMT
- Urban Republic
- Vivid Concepts
- SS Solutions
- CelcomDigi (bermula Oktober )