Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch Ultra
Samsung telah memperkenalkan dua model jam tangan pintar di Galaxy Unpacked baru-baru ini dan paling mencuri tumpuan adalah Samsung Galaxy Watch Ultra.
Samsung Galaxy Watch Ultra dibina dengan ketahanan tinggi sesuai dengan moniker Ultra dan ianya juga memasuki pasaran sebagai pencabar utama kepada Apple Watch Ultra 2.
Samsung Galaxy Watch Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,399 didalam saiz 47mm dan ini adalah pandang pertama jam pintar Ultra didalam dunia Galaxy.
Apa yang anda didalam kotak
Samsung Galaxy Watch Ultra didatangkan didalam satu kotak khas yang dikenali sebagai Adventure Box dan terdapat jam Samsung Galaxy Watch Ultra (Titanium Silver), Tali Ultra Marine Band, Waterproof Pouch, Galaxy Smart Tag2, 15W PD Power Adapter dan Wireless Battery Pack 10,000mAh.
Direka untuk prestasi maksima
Samsung Galaxy Watch Ultra diperbuat daripada kerangka Titanium Grade 4 yang sangat premium dan mempunyai penampilan lasak khususnya dengan beberapa jenis tali jam yang ditawarkan iaitu Trail Band, Marine Band dan PeakForm Band. Proses penggantian tali jam juga amat mudah dengan Dynamic Lug System.
Dalam pada itu, Galaxy Watch Ultra adalah sebuah jam pintar yang bersaiz besar iaitu pada ukuran 47mm dan ianya tampil didalam tiga kemasan Titanium iaitu Titanium White, Titanium Silver dan Titanium Gray.
Selain itu, Galaxy Watch Ultra juga mempunya sebuah Quick Button berwarna oren yang mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dipra-tetap dan juga sebagai butang siren ketika kecemasan yang mempunyai kelantangan sehingga 86dB dan boleh didengar pada jarak sejauh 180 meter.
Platform Berkuasa Tinggi
Samsung Galaxy Watch Ultra menampilkan penggunaan cipset 3nm yang pertama kali digunakan pada Galaxy Watch Series iaitu cip Exynos W1000 dan ianya dilihat mampu menawarkan 3 kali ganda prestasi CPU. Ianya juga memiliki 2GB RAM, storan dalaman 32GB, Wear OS 5, enhanced Bioactive Sensor dan sistem GPS dwi-frekuensi pertama kali digunakan.
Ketahanan Ultra Ekstrim
Sebagai jam pintar Ultra, Galaxy Watch Ultra direka untuk bertahan pada persekitaran yang ekstrim dengan suhu mencecah 55°C sehingga -20°C atau pada ketinggian yang mencecah 9000m dan kedalamam sehingga 500m dibawah paras laut.
Ianya juga memiliki penarafan gred ketenteraan MIL-STD-810H, kalis air 10ATM dan penarafan IP68.
Skrin Paparan AMOLED 1.5″ dengan kecerahan sehingga 3,000 nits
Samsung Galaxy Watch Ultra ditawarkan didalam ukuran 47mm yang memiliki skrin paparan AMOLED 1.5-inci dengan kadar kecerahan maksima sehingga 3,000nits dan terdapat juga Night Mode Watch Face didalam warna merah.
Ciri Pengawasan Kesihatan dan Keceragasan yang menyeluruh dengan Galaxy AI
Samsung Galaxy Watch Ultra memiliki sensor BioActive baharu yang memastikan setiap parameter kesihatan dan kecergasan anda direkod dengan tepat.
Selain itu, Energy Score juga memastikan anda mengetahui kemampuan badan anda dengan Galaxy AI yang menganalisis penunjuk utama keadaan keseluruhan anda dan memberi anda skor harian.
Ciri lain yang dikuasakan Galaxy AI adalah Suggested Replies dan Double Pinch Gesture.
Bateri Ultra sehingga 100 jam
Samsung Galaxy Watch Ultra memiliki bateri 590mAh dengan jangka hayat bateri yang mencecah 48 jam dengan pengunaan biasa namun ianya boleh mencapai sehingga 100 jam pada mod Power Saving.
Jom dapatkan Galaxy Watch Ultra sekarang
Dapatkan Samsung Galaxy Watch Ultra pada harga RM 2,899 sahaja sekarang kerana ianya kini ditawarkan dengan diskaun sebanyak 15% ( guna kod : WUX215) di Samsung Online Store.
Anda juga akan menerima Adventure Pack yang bernilai RM 806 yang terdiri daripada Waterproof Pouch, Watch Ultra Marine Band, Galaxy Smart Tag2, 15W PD Power Adapter dan Wireless Battery Pack 10,000mAh.