Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran HUAWEI Mate 70 Series dilaporkan telah ditunda ke suku ke-4 tahun ini

Pelancaran HUAWEI Mate 70 Series dilaporkan telah ditunda ke suku ke-4 tahun ini 1

Pelancaran HUAWEI Mate 70 Series dilaporkan telah ditunda ke suku ke-4 tahun ini 2

Tahun lalu Huawei membuat kejutan besar apabila melancarkan HUAWEI Mate 60 Series dengan sokongan 5G menggunakan cip 7nm Kirin 9000s, cip RAM SK Hynix dan komponen yang tidak sepatutnya boleh diperoleh syarikat ini berikutan sekatan yang dikenakan terhadapnya.

Walaupun masih belum ada tanda-tanda pelancaran generasi baharu Mate Series, DigitalChatStation mendakwa bahawa pelancaran Huawei Mate 70 Series mungkin tertangguh sehingga ke pertengahan atau lewat suku ke-4 tahun ini.

Dalam pada itu, laporan terbaru juga mendakwa bahawa Mate 70 Series akan menampilkan beberapa upgrade baharu seperti cip Kirin 9100, skrin LTPO OLED 1.5K dengan teknologi 3D face scanning dan sensor utama OmniVision OV50K dengan aperture fizikal boleh ubah.

Selain itu, Mate 70 Series juga akan membawakan bateri silikon berkapasiti lebih tinggi iaitu melebih 5,000mAh.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.