Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 – Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik!

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 1

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 2 Ulasan Samsung Galaxy Z Flip6

Pengenalan 

Pelancaran Samsung Unpacked yang kedua bagi tahun telah menyaksikan syarikat gergasi Korea ini memperkenalkan sekumpulan peranti baharu Galaxy yang termasuk Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6, Galaxy Ring, Galaxy Watch Ultra, Galaxy Watch7 dan Galaxy Buds3 Series.

Dalam pelancaran ini, Samsung Galaxy Z Flip6 boleh dikatakan sebagai model foldable yang lebih ‘mainstream’ memandangkan kedudukan Galaxy Z Fold6 sebagai peranti foldable yang lebih premium.

Tahun ini, Samsung Galaxy Z Flip6 membawakan beberapa upgrade yang menjadikanya sebuah telefon pintar serba lengkap dan Galaxy AI ✨ juga disertakan yang membuktikan tahun 2024 adalah tahun AI pada industri telefon pintar.

Dengan semua upgrade ini, Samsung Galaxy Z Flip6 dilihat berada didalam landasan tepat untuk terus mengekalkan kedudukanya sebagai pendahulu dipasaran telefon pintar Flip namun persaingan bakal menjadi lebih sengit dengan lebih banyak pengeluar mula memperkenalkan model Flip mereka yang tersendiri.  

Ini adalah ulasan Samsung Galaxy Z Flip6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,999

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 3

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Z Flip6 masih mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun ianya telah ditambahbaik dari pelbagai aspek yang menjadikanya lebih premium dan tahan lasak.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 4

Samsung Galaxy Z Flip6 menampilkan rekaan Floating Design yang tampil lebih segak dengan penggunaan warna yang menyeluruh pada semua bahagian luaran peranti. Jika sebelum ini, warna pilihan anda hanya akan digunakan pada panel belakang Z Flip, generasi baharu ini akan tampil lebih uniform dengan penggunaan warna peranti pada kerangka, engsel dan gelung sistem dwi-kamera telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 5ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 6

Bercakap mengenai warna, Samsung Galaxy Z Flip ditawarkan didalam 4 warna iaitu Blue, Yellow, Mint dan Silver Shadow serta 3 warna eksklusif di Samsung.com iaitu Peach, White dan Crafted Black yang merupakan kegemaran kami.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 7

Selain itu, paparan Flex Window Samsung Galaxy Z Flip6  ini mempunyai ukuran 3.4-inci yang sama seperti pada Z Flip5 dengan banyak kegunaan yang akan kita bincangkan dengan lebih lanjut pada bahagian skrin dan seterusnya. Flex Window Galaxy Z Flip6 ini juga dilapisi gelas keselamatan Victus 2 yang turut digunakan pada panel belakang.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 8

Ke bahagian engsel, Z Flip6 menampilkan engsel dual rail dengan lipatan luaran yang menyerap kesan impak jatuhan dengan lebih baik.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 4ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 10

Dalam pada itu, profil Samsung Galaxy Z Flip6 adalah sedikit nipis pada 14.9mm (ketika dilipat) iaitu 0.2mm lebih nipis berbanding generasi Flip sebelum ini namun berjaya mengekalkan peranti ini pada 187 gram walaupun dengan bateri berkapasiti lebih tinggi. Ketebalan ketika Z Flip6 dibuka adalah 6.9mm.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 11

Lebih-lebih lagi, kedudukan butang fizikal dan port Galaxy Z Flip6 masih sama seperti sebelum ini dimana port USB-C, pembesar suara dan mikrofon terletak pada bahagian bawah. Pada sisi kanan Samsung Galaxy Z Flip6 ini, terdapat butang kuasa yang juga berfungsi sebagai sensor capjari serta butang kelantangan audio

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 12

Bercakap mengenai penambahbaikan yang dinanti ramai, Samsung Galaxy Z Flip6 kini hadir dengan penarafan IP48 yang bermaksud telefon pintar foldable ini menjadi model pertama Flip daripada Samsung untuk hadir dengan perlindungan daripada habuk bersaiz lebih dari 1mm.

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Z Flip6 tampil dengan rekaan yang lebih diperkemas dan penawaran IP48 juga memastikan telefon pintar boleh lipat ini juga terlindung daripada habuk.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 13

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Z Flip6 hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x Infinity Flex Display berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2640 x 1080), HDR10+ dan terdapat juga lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 10MP.

Panel skrin utama telefon pintar ini mempunyai sokongan kadar segar semula adaptive antara 1Hz sehingga 120Hz, dan kepadatan piksel 425ppi yang memberikan anda pengalaman visual yang memuaskan. Selain itu,  Samsung juga telah meningkatkan kecerahan maksima panel utama Galaxy Z Flip6 ke tahap maksima sehingga 2,600nits iaitu sudah pastinya memudahkan penggunaan dibawah cahaya terik tanpa sebarang masalah visual.

Selain itu, Galaxy Z Flip6 juga membawakan ciri Adaptive Brightness yang membolehkan sistem peranti melaras kecerahan skrin mengikut keadaan dan Adaptive Colour Tone yang melaras warna mengikut keadaan cahaya persekitaran dengan menggunakan sensor kamera selfie.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 14

Bercakap mengenai kadar segar semula, Samsung menawarkan dua tetapan kadar segar semula iaitu Standard yang membolehkan kadar segar semula sehingga 60Hz atau Adaptive yang menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Beralih kepada warna paparan, Samsung menawarkan dua mod warna iaitu Vivid dan Natural. Vivid memberikan anda warna yang lebih pekat manakala Natural memberikan penghasilan warna yang lebih semulajadi dan sedikit kurang berbanding paparan vivid.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 15

Persoalan yang pasti timbul adalah kesan lekukan atau ‘crease’ pada Galaxy Z Flip6 dan kami amat berpuas hati dengan penambahbaikan yang dilakukan kerana lekukan pada skrin utama Galaxy Z Flip6 adalah kurang kelihatan berbanding generasi sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 16

Cover Screen 

Galaxy Z Flip6 hadir dengan Flex Windows yang merupakan panel Super AMOLED berukuran 3.4-inci dengan rekaan seperti folder dan ianya mempunyai resolusi 720×748 piksel dengan kepadatan piksel 305ppi.

Ianya adalah panel 60Hz yang memiliki lapisan gelas Corning Gorilla Glass Victus 2 serta kecerahan maksima mencecah 1,600nits.

Selain itu, Flex Window pada Galaxy Z Flip6 ini membolehkan anda menetapkan lebih banyak widget pada cover screen seperti Contact, Calendar, Weather, Alarm, Samsung Health, Stock dan banyak lagi

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 17

Walaubagaimanapun, Samsung juga membolehkan anda membuka  aplikasi lain di Flex Window dengan mengaktifkanya di bahagian tetapan ( Advanced Features > Labs > Apps allowed on cover screen). Antara aplikasi yang tersedia untuk digunakan pada Flex Window adalah Google Maps, Samsung Messages, Google Messages, Netflix , YouTube dan Whatsapp.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 18

Akhir sekali, Cover Sceen pada Galaxy Z Flip6 juga menawarkan Wallpaper yang interaktif  dan anda juga boleh membuat Wallpaper anda yang sendiri dengan Create with AI yang menawarkan dua pilihan iaitu Generative Wallpaper dan Ambient.

Kami amat tertarik dengan ciri Generative kerana ianya memberikan anda peluang untuk memiliki Wallpaper yang berbeza dan unik pada peranti anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 19

Pemproses 

Samsung Galaxy Z Flip6 tampil dengan pemproses yang sama seperti pada Galaxy S24 Series iaitu cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan Galaxy AI juga hadir dengan ciri yang telah ditambahbaik bersama beberapa lagi ciri baharu.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 20

Cipset ini menjanjikan peningkatan prestasi yang baik  dan ianya kini disertakan dengan 12GB RAM sekaligus menjadikan kapasiti RAM ini adalah sama seperti pada Galaxy Fold6 manakala storan dalaman adalah 256GB atau 512GB. Terdapat juga ciri RAM Plus yang memberikan pengguna menambah sehingga 8GB Virtual RAM daripada storan dalaman.

Beralih kepada perisian, Samsung Galaxy Z Flip5 memiliki antaramuka One UI 6.1 yang berasaskan Android 14 dan Samsung telah mengesahkan Galaxy Z Series akan menerima sehingga 7 kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan berkala.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 21

Ciri pertama Galaxy AI yang ditawarkan pada Galaxy Z Flip6 ini adalah Live Translate, iaitu suatu penyelesaian penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon terbina pada aplikasi panggilan . Pengguna tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga dan kesemua data ini diproses pada peranti yang memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

Ciri ini sudah pastinya berguna apabila anda menghadapi kekangan bertutur bahasa asing, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara selain mempermudahkan proses membuat tempahan hotel/restoran sebelum bercuti ke negara lain.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 22

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 23

Menariknya, terjemahan perbualan ini juga boleh dipaparkan pada Flex Window yang memudahkan lagi komunikasi antara anda dengan orang lain.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 24

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist menawarkan tiga ciri pada Galaxy Z Flip6 iaitu

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Suggested Replies – apabila anda menyemak notifikasi, Galaxy AI akan menawarkan anda 3 pilihan teks yang boleh digunakan untuk anda membalas mesej tersebut.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 25

Lebih lanjut, Samsung Galaxy Z Flip6 Series juga hadir dengan ciri Circle to Search yang mana sesuai dengan namanya, anda boleh memulakan carian dengan menekan lama butang utama, pengguna boleh membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi. Selain itu, Circle to Search juga boleh digunakan terus pada aplikasi kamera yang memudahkan lagi pencarian.

Ke bahagian antaramuka, Samsung Galaxy S24 Ultra tampil dengan One UI 6.1.1 yang berasaskan Android 14 dan UI Samsung ini sudah pastinya  memenuhi pelbagai keperluan pengguna lebih-lebih lagi dengan Galaxy AI.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 26

Satu lagi aspek yang akan memastikan Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy berfungsi pada pretasi terbaik adalah sistem penyejukan Vapor Chamber yang pertama kali ditawarkan pada Galaxy Z Flip Series yang berfungsi mengawal suhu sambil memaksimumkan kuasa peranti.

Secara keseluruhan, penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan kapasiti RAM (12GB) yang sama seperti pada Galaxy Flip6 bermaksud telefon pintar ini tidak lagi berbeza  dari segi cip pemprosesan dan RAM yang mana bagi kami ini adalah satu langkah positif yang menggalakkan pengguna membeli peranti pilihan mereka tanpa perlu memilih peranti yang lebih premium untuk menikmati prestasi cipset dan RAM yang lebih besar.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 27

Kamera

Samsung Galaxy Z Flip6 juga tampil dengan upgrade terbesar sistem kamera sejak telefon pintar Flip ini diperkenalkan. Ianya hadir dengan sistem dwi-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 28

Menariknya, sensor utama 50MP ini adalah sensor yang sama seperti pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ bersama ciri seperti aperture f/1.8 dan OIS.

Selain tetapan dwi-kamera, Galaxy Z Flip6 juga memiliki sensor kamera selfie 10MP yang sama seperti pada Galaxy Z Flip5.

Dengan pengunaan sensor utama 50MP, anda pasti akan melihat perbezaam yang besar pada kualiti gambar yang diambil terutamanya perincian gambar dan ianya juga menawarkan zoom 2x setaraf kualiti optikal serta 10x zoom digital.

Bercakap mengenai hasil gambar dari Z Flip6, kami amat kagum dengan kemampuan sensor ini dan ianya sudah pasti jauh lebih baik berbanding sensor 10MP yang digunakan pada generasi sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 29

Selain itu, Galaxy Z Flip6 juga mempunyai sensor ultrawide 12MP yang telah digunakan pada beberapa generasi sebelum ini namun kami berpendapat ianya masih mampu menawarkan anda fotografi sudut lebar yang setaraf seperti kebanyakkan telefon pintar kelas flagship dipasaran.

Selain sensor kamera, Galaxy AI adalah watak utama yang meningkatkan lagi kreativiti dan menyempurnakan lagi pengalaman fotografi pengguna pada Galaxy Z Flip6.

Ciri Galaxy AI yang baharu pada Galaxy Z Flip6 menawarkan anda pengalaman yang lebih melalui bantuan AI. Sebagai contoh, ciri Sketch to Image membolehkan anda menambah objek pada gambar dan ianya boleh dibuat melalui lakaran kasar anda sebelum Galaxy AI menganalisa gambar tersebut dan menawarkan beberapa contoh gambar dengan objek yang dijana oleh AI.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 30

Satu lagi ciri Galaxy AI adalah pada gambar yang tercondong, AI akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, AI membolehkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 31

Dalam pada itu, Galaxy AI juga membolehkan anda memadam atau mengalihkan sesuatu didalam gambar kepada kedudukan yang lain dengan mudah. Anda hanya perlu melakar kawasan atau objek yang mahu dipadam atau digerakkan.

Harus juga diingat bahawa setiap imej yang diedit menggunakan Galaxy AI akan mempunyai watermark ‘AI generated content’

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 32

Ciri terakhir dan ciri yang paling kami teruja untuk cuba adalah Portrait Studio dimana Galaxy AI membantu anda mencipta portrait anda yang tersendiri dan terdapat 4 gaya portrait yang ditawarkan iaitu Comic, 3D Cartoon, Watercolour dan Sketch.

Anda perlu memilih gaya dan tekan ‘generate’ untuk melihat magik gambar anda diubah menjadi sebuah portrait yang sangat realistik. Anda akan diberikan empat contoh Portrait Studio yang dijana dan anda juga boleh menekan ‘generate again’ jika tidak berpuas hati dengan gambar yang ditawarkan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 33

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip6 juga menawarkan pengalaman fotografi yang unik dengan penggunaan Cover Scren yang mana anda boleh mengambil gambar selfie pada FlexMode yang kini disertakan dengan ciri Auto Zoom dan mod Camcorder Grip untuk rakaman video yang lebih selesa.

Untuk selfie pula, Cover Screen boleh digunakan sebagai viewfinder ketika mengambil gambar untuk hasil selfie yang terbaik dan kami pasti hasilnya sudah pasti menggagumkan kerana ianya menggunakan sensor utama 50MP.

Satu lagi sensor selfie ada pada skrin utama yang mana sensor 10MP ini mempunyai kegunaan yang sedikit terhad dan kami juga lebih ‘prefer’ menggunakan sensor utama pada mod Flex bagi pengambilan gambar selfie.

Jom lihat gambar-gambar yang diambil menggunakan Galaxy Z Flip6 :

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 51

Bateri 

Samsung Galaxy Z Flip6 tampil dengan kapasiti bateri  terbesar pernah ditawarkan pada Galaxy Z Series iaitu 4,000mAh  dan penggunaan kapasiti bateri ini dicapai tanpa meningkatkan berat atau ketebalan peranti.

Selain itu, penggunaan cipset Snapdragon 8 Gen for Galaxy yang lebih efisien juga akan membantu meningkatkan hayat bateri telefon pintar ini.

Dalam pada itu,  Samsung juga telah menyertakan pengecasan pantas 25W pada Galaxy Z Flip6  dan dengan adapter 25W, anda boleh mengecas ke tahap 50% didalam masa 30 minit. Ianya turut  menyokong pengecasan tanpa wayar 15W (Wireless Charging 2.0) dan pengecasan Wireless PowerShare.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 - Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik! 52

Penutup

Samsung Galaxy Z Flip6 adalah model flip terbaik pernah dikeluarkan syarikat ini dan pelancaran peranti yang lebih lengkap amat penting kerana persaingan didalam pasaran telefon flip akan menjadi lebih sengit dengan pelancaran model flip daripad pengeluar lain.

Memandangkan populariti Samsung Galaxy Z Flip adalah lebih baik berbanding Galaxy Z Fold, kami yakin bahawa Z Flip6 mampu mengekalkan kedudukan ini khususnya kerana rekaan yang lebih menyeluruh seperti penarafan kalis air dan habuk IP48, bateri 4,000mAh dan sensor utama setaraf flagship.

Jika anda mencari sebuah telefon pintar didalam kategori boleh lipat, Galaxy Z Flip6 adalah model yang boleh anda pertimbangkan kerana ianya menawarkan pengalaman lengkap Galaxy AI ✨ bersama spesifikasi yang lebih berkuasa.

Akhir kata, Samsung Galaxy Z Flip6 kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga dari RM 4,999 dan anda juga akan menikmati langganan percuma Samsung Care+ untuk 1 tahun bersama diskaun bagi pembelian Galaxy Watch7 atau Galaxy Watch Ultra dan banyak lagi.

Maklumat lanjut di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.