Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mix Fold 4 dan Mix Flip akan dilancarkan pada 19 Julai ini

Xiaomi Mix Fold 4 dan Mix Flip akan dilancarkan pada 19 Julai ini 1

Xiaomi Mix Fold 4 dan Mix Flip akan dilancarkan pada 19 Julai ini 2

Minggu lalu, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Xiaomi telah mengesahkan bahawa Mix Fold 4 dan Mix Flip akan dilancarkan bulan ini dan ianya akan menjadi model pertama yang akan dikilangkan di kilang pintar Xiaomi yang baru memulakan operasi.

Kini, Xiaomi secara rasmi telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mix Fold 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai ini di China.

Selain itu, Xiaomi tidak mendedahkan maklumat spesifikasi Mix Fold 4 ini namun mengesahkan ianya akan mempunyai ketebalan hanya 9.47mm dengan berat 226 gram. Telefon pintar ini juga akan menampilkan konfigurasi quad-kamera Leica dengan dua sensor telefoto.

Seterusnya, Xiaomi juga berkata bahawa Mix Fold 4 akan mempunyai penarafan IPX8, pengecasan tanpa wayar 50W dan sistem komunikasi satelit dua hala.

Xiaomi Mix Fold 4 dan Mix Flip akan dilancarkan pada 19 Julai ini 3
Xiaomi Mix Flip

Dalam pada itu, Mix Flip pula telah disahkan akan memiliki bateri berkapasiti 4,780mAh, sistem tri-kamera Leica dan cover screen yang lebih besar.

Bersama-sama Mix Fold 4, Xiaomi akan turut memperkenalkan Mix Flip, Smart Band 9 dan Redmi K90 Ultra.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.