Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Talents Global Design 2024 Tawar Hadiah Bernilai Lebih RM621,000

HONOR Talents Global Design 2024 Tawar Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 1

HONOR Talents Global Design 2024 Tawar Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 2

Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 telah membuka tirainya bagi menggalakkan bakat-bakat muda yang kreatif untuk menerokai potensi gabungan teknologi dan seni yang tiada tandingan.

Bertemakan ‘Inspire the Future’, HONOR Malaysia mempelawa pelajar universiti dan kolej tempatan untuk menyertai pertandingan berprestij ini. Pemenang bukan hanya membawa pulang hadiah wang tunai bahkan kerja seni mereka juga akan dipaparkan pada produk dan pameran antarabangsa HONOR. 

Sehubungan dengan itu, HONOR Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan institusi tempatan ATEC College, Era Technology Communication Art & Design, Multimedia University (MMU), Taylor’s University, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memperkasakan pelajar mewakili negara dalam mempersembahkan gaya seni artistik yang paling inovatif di peringkat dunia.

HONOR Talents Global Design 2024 Tawar Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 3

Menangi jumlah hadiah bernilai lebih RM621,000, produk terbaharu HONOR

Peserta boleh menghantar kerja seni mereka di laman sesawang rasmi HONOR Talents Global Design Awards selewat-lewatnya pada 30 September 2024 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM547,000. Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkemuka dan profesional industri. Sebagai tambahan, HONOR Malaysia juga akan menyediakan hadiah bernilai RM74,000 terdiri daripada telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai terbaharu HONOR kepada pemenang.  

Beberapa faedah menanti pemenang termasuk peluang pekerjaan, penggunaan kerja seni dalam produk dan pameran HONOR, pensijilan pantas melalui program Developer Fast Track, serta jemputan eksklusif ke Lawatan Seni dan Teknologi di China. 

Lawatan Seni dan Teknologi di China yang baru diperkenalkan ini menawarkan peluang kepada pemenang untuk mengunjungi ibu pejabat HONOR, universiti dan institusi sekutu. Pengalaman ini membolehkan mereka mendapatkan pandangan bernilai daripada rakan pereka dan pakar industri yang boleh memperkayakan kemahiran rekaan dan pemahaman terhadap industri.

Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 terdiri daripada dua kategori iaitu Rekaan Komunikasi Visual, serta Seni dan Teknologi. Kedua-dua kategori ini dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Themes, Magic Lock Screen, Standby, Watches, Accessories, serta Art & Technology.

Magic Lock Screen dan Standby menumpukan kepada ciri-ciri terbaharu dalam sistem pengoperasian terkini HONOR, MagicOS 8.0. Ini membolehkan pelajar menyerlahkan kreativiti mereka sepenuhnya, seterusnya menyampaikan pengalaman pintar dengan visual yang lebih canggih kepada pengguna.

Sejumlah 93 anugerah disediakan termasuk Tempat Pertama Global, juara dan naib juara dalam setiap kumpulan, Anugerah Bakat Baharu Terbaik, Anugerah Pilihan Juri, Anugerah Inovasi AIGC, dan Anugerah Penyertaan Interaktif Terbaik. 

Kerja seni pelajar Malaysia dipamerkan di ibu pejabat PBB di New York

Pertandingan pada 2023 telah menyaksikan enam kerja seni dari Malaysia menerima enam anugerah antarabangsa. Dua daripada pemenang tersebut adalah dari UiTM, dan UTAR turut menyertai kerja seni bertemakan naga yang telah dipamerkan di ibu pejabat Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB) di New York, awal tahun ini.

Sejak dilancarkan pada 2020, Anugerah HONOR Talents Global Design telah mendapat pengiktirafan meluas sebagai salah satu inisiatif yang dihormati. Dalam tempoh lebih empat tahun, HONOR telah menerima lebih 25,000 penyertaan daripada lebih 40 pasaran dan 240 universiti di seluruh dunia, dengan separuh daripada peserta terdiri daripada pelajar universiti, menjadikannya sebagai pentas dunia untuk bakat muda mempersembahkan keupayaan mereka. 

Pemenang Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 akan diumumkan pada November 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman sesawang rasmi pertandingan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.