Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan – sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 1

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 2

Selain Samsung Galaxy Z Fold6,  Samsung juga telah memperkenalkan telefon pintar foldable jenis flip iaitu Samsung Galaxy Z Flip6

Samsung Galaxy Z Flip6

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 3

Samsung Galaxy Z Flip6 hadir dengan reka bentuk  enhanced Armour Aluminium dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan dan belakang. Ianya juga kalis air dan habuk IP48. Galaxy Z Flip6 tahun ini adalah lebih kemas dimana warna pilihan akan digunakan pada panel hadapan, modul kamera, bingkai dan juga engsel.

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 4

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip6 hadir dengan skrin paparan utama Infinity Flex berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz yang tampil dengan bezel yang nipis.

Seterusnya itu, Galaxy Z Flip6 juga memiliki skrin luar Super AMOLED berukuran 3.4-inci yang dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan kepadatan piksel 305ppi.

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 5

Dari segi pemproses, Samsung Galaxy Z Flip5 menampilkan pengunaan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, 8GB RAM atau 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0. Galaxy Z Flip6 juga menjadi telefon pintar pertama flip untuk hadir dengan sistem penyejukan Vapor Chamber yang mana ianya adalah 1.5x ganda lebih besar berbanding pada Galaxy S23 Ultra.

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 6

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Flip6 hadir dengan sensor utama wide 50MP dibahagian belakang bersama satu sensor ultrawide 12MP. Kamera ini juga membawakan ciri Galaxy AI seperti AI Zoom dan Portrait Studio. Kamera selfie adalah 10MP.

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 7

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip6 memiliki bateri yang lebih besar iaitu berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, pengecasan tanpa wayar 10W dan reverse wireless charging pada kadar 4.5W.

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 8

Samsung Galaxy Z Flip6 dilancarkan - sensor utama 50MP dengan bateri lebih besar 9

Samsung Galaxy Z Flip6 akan ditawarkan didalam warna Yellow, Blue, Silver Shadow dan Minit. Dalam pada itu, Samsung juga menawarkan Galaxy Z Flip6 didalam warna Crafted Black, White dan Peach secara eksklusif di laman Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy Z Flip6 akan ditawarkan pada harga RM 4,999 bagi versi 12/256GB dan RM 5,599 bagi versi 12/512GB.

Samsung Galaxy Z Flip6 dibuka untuk pra-tempahan bermula 10 Julai dengan jualan rasmi di Malaysia akan bermula pada 24 Julai 2024.

Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,329 apabila anda pra-tempah Galaxy Z Flip6 

• PERCUMA 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM829
•  RM500 e-baucar eksklusif untuk membeli aksesori Galaxy terpilih, Galaxy Watch dan Galaxy Buds
• Tukarkan peranti semasa anda dan dapatkan diskaun tambahan RM500
• Tebus ganjaran prapendaftaran anda sehingga RM500 e-baucar
• Nikmati diskaun sehingga 25% apabila anda membeli dengan Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih
• Promosi PWP – Diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.