Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan – dari RM 299 sahaja

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 1

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 2

Selain CMF Phone 1, CMF by Nothing juga telah memperkenalkan generasi kedua produk mereka iaitu CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2.

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 3

CMF Watch Pro 2

Jam tangan pintar yang serba boleh dan bergaya dengan reka bentuk bezel yang boleh ditukar ganti, paparan AMOLED always-on 1.32-inci menawarkan resolusi tinggi dan lebih 100 muka jam dengan pilihan yang boleh disesuaikan.

Ia menyokong lebih daripada 120 mod sukan dan pengecaman automatik 5 sukan. Ia juga menyediakan pemantauan 24 jam degupan jantung, ketepuan oksigen darah (SpO₂), dan tahap tekanan.

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 4

Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan Bluetooth, mengawal muzik dan menggunakan ciri pintar seperti menerima pemberitahuan, mengawal kamera dari jauh dan menyemak cuaca. Ia direka bentuk untuk menampung gaya hidup aktif dengan rintangan air dan habuk IP68 serta mempunyai hayat bateri sehingga 11 hari.

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 5

CMF Watch Pro 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 339 bermula 15 Julai ini manakala CMF Watch Pro 2 Bezel + Strap Set  akan ditawarkan pada harga RM 99.

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 6 

CMF Buds Pro 2

Direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman mendengar anda dengan ciri utama. Dengan Dail Pintar yang boleh disesuaikan pada sarungnya, kawal setiap aspek bunyi dari hujung jari anda dengan mudah.

Dikuasakan oleh pemacu dwi yang menggabungkan pemacu bes 11 mm dan tweeter 6 mm. Ditambah dengan teknologi LDAC, diperakui untuk Hi-Res Audio Wireless dan Dirac Opteo, Buds Pro 2 menyampaikan bunyi HiFi yang mengasyikkan dan bertenaga. Nikmati kejelasan audio yang murni dan fokus tanpa gangguan dengan Pembatalan Bunyi Aktif Hibrid termaju sehingga 50 dB dan julat frekuensi yang luas sehingga 5000 Hz.

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan - dari RM 299 sahaja 7

Selain itu, nikmati komunikasi jelas dengan 6 mikrofon HD yang menampilkan Clear Voice Technology 2.0 dan Wind-Noise Reduction 2.0 untuk panggilan paling jelas dalam mana-mana persekitaran. Ianya turut menyokong Spatial Audio.

Akhir sekali, Buds Pro 2 menawarkan 43 jam jangka hayat bateri yang mengagumkan dan pengecasan pantas 10 minit untuk 7 jam pendengaran.

CMF Buds Pro 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 339 bermula 15 Julai ini.

CMF Phone 1 kini rasmi dengan cip Dimensity 7300 dan panel belakang boleh tanggal – RM 1,099

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.