Samsung Galaxy S25 Ultra dilaporkan akan tampil dengan sensor kamera lebih baik
Samsung Galaxy S25 Ultra dilaporkan akan menerima penambahbaikan pada sistem kamera apabila dibandingkan dengan Galaxy S24 Ultra dan laporan terbaru telah mendedahkan spesifikasi kamera pada telefon pintar flagship ini.
Menurut laporan ini, Galaxy S25 Ultra akan memiliki versi baharu Samsung’s 1/2.76″ ISOCELL JN1 yang memiliki resolusi 50MP, sensor telefoto 3x 1/3″ Samsung ISOCELL yang juga mempunyai resolusi 50MP dan sensor ultrawide 50MP.
Selain itu, Samsung juga dilaporkan sedang membangunkan algoritma baharu yang akan meningkatkan kualiti imej dan video yang diambil namun tidak banyak maklumat mengenai perkara ini dikongsikan.
Dalam pada itu, Samsung dijangka mungkin mengekalkan penggunaan sensor utama yang sama seperti pada S24 Ultra. Pelancaran Galaxy S25 Series dijangka akan berlangsung pada bulan Januari 2025.