Xiaomi 14 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 3,499
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Xiaomi 14 untuk pasaran Malaysia selepas pelancaran global baru-baru ini.
Xiaomi 14 menampilkan skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.36-inci dengan resolusi 1200×2670 dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 3,000nits.
Seterusnya, Xiaomi 14 ini tampil dengan sensor utama 50MP Light Hunter 900 dengan lensa Leica Summilux. Ianya merupakan sensor 1/1.31″ dengan saiz piksel 1.2 μm namun tiada sokongan aperture boleh ubah.
Seterusnya, terdapat sensor floating telefoto 75mm yang berkebolehan mengambil gambar 40MP dan gambar potret 50MP. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 50MP f/2.2 dengan fokus tetap yang bermaksud tiada sokongan fotografi makro.
Dalam pada itu, Xiaomi 14 dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 yang diperbuat daripada proses 4nm TSMC, 8GB, 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 4.0 serta bateri berkapasiti 4,610mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W dan pengecasan tanpa wayar 50W.
Xiaomi 14 akan ditawarkan didalam warna Black, White, dan Jade Green pada harga dari RM 3,499 bagi versi 12/256GB dan RM 3,799 bagi versi 12/512GB.
Jualan rasmi Xiaomi 14 akan bermula pada 8 Mac dan pembelian dari 8 hingga 21 Mac akan menerima hadiah percuma seperti Percuma Xiaomi Watch S3
Pelan storan 6 bulan Google One 100GB ,1+1 tahun lanjutan warangi dan 1 penggantian skrin percuma dalam masa 6 bulan pembelian.