Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Pocket 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari ini

HUAWEI Pocket 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari ini 1

HUAWEI Pocket 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari ini 2

Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flip mereka yang terbaru iaitu Huawei Pocket 2 akan dilancarkan pada 22 Februari ini.

Teaser rasmi ini juga secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa Huawei Pocket 2 akan memiliki dua bulatan dibahagian belakang yang mana satu adalah untuk kamera manakala satu lagi adalah untuk paparan luar.

Dalam pada itu, pelancaran Pocket 2 juga dilihat lebih awal berbanding jangkaan kerana ianya dilaporkan akan dilancarkan bersama Huawei P70 Series.

Dari segi spesifikasi, tidak banyak yang diketahui namun Pocket 2 mungkin akan dikuasakan cip Kirin 9000S, HarmonyOS 4.0 dan bateri yang lebih besar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.