Samsung Galaxy S24 Ultra – menyelami Galaxy AI untuk dunia tanpa batasan
Samsung Galaxy S24 Ultra telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan sambutan awal bagi telefon pintar adalah sangat memberangsangkan.
Jika anda masih belum mempunyai sebab untuk beralih kepada Galaxy yang terbaru ini, ini mungkin artikel yang dapat mengubah fikiran anda.
Perkataan AI atau Artificial Intelligence bukan sesuatu yang baru namun ‘end product’ daripada AI ini adalah sesuatu yang sukar untuk kita lihat dan takrifkan.
Walaubagaimanapun, kenyataan ini telah diubah dengan pelancaran Galaxy AI pada Galaxy S24 Series yang termasuk pada Samsung Galaxy S24 Ultra.
Pertama, Galaxy AI kini telah memecah batasan yang paling sukar untuk diatasi iaitu komunikasi didalam bahasa asing. Ciri Live Translate yang dikuasakan Galaxy AI membolehkan penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon. Pengguna tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga dan AI terbina akan memastikan perbualan pengguna adalah selamat secara menyeluruh.
Menariknya, penerima panggilan anda tidak semestinya menggunakan telefon pintar Samsung untuk anda menikmati ciri Live Translate ini. Ketika pelancaran, Live Translate menyokong hampir 9 bahasa yang termasuk Korea, Thailand, Vietnam dan banyak lagi.
Kedua, Galaxy AI juga membawakan ciri Interpreter, yang membolehkan perbualan dua pigal diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.
Ketiga, untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist boleh membantu anda menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi seperti yang diinginkan samada sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial. Anda hanya perlu menekan ikon Galaxy AI untuk menerima cadangan perbualan yang diinginkan.
Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina pada Samsung Keyboard juga boleh menterjemahkan mesej secara langsung ke dalam 13 bahasa.
Keempat, ciri Note Assist pada Samsung Notes menampilkan cadangan ringkasan yang dihasilkan oleh AI, penciptaan templat yang megolah nota mengikut format tersedia, dan mengarang muka nota untuk memudahkan imbasan maklumat. Untuk rakaman suara, walaupun terdapat beberapa penceramah, ciri Transcript Assist menggunakan AI dan teknologi Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan menterjemahkan rakaman.
Selain untuk komunikasi dan pada aplikasi Samsung Notes, Galaxy AI juga diterapkan untuk fotografi pada Galaxy S24 Ultra. Sistem quad-tele yang dimiliki Galaxy S24 Ultra kini menawarkan kamera telefoto 50MP baharu yang menawarkan 5x zoom optik dan 10x zoom setaraf zoom optik dengan AI.
Selain itu, ciri ProVisual Engine pada siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada mengambil gambar sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial.
Selepas karya video pengguna siap dirakam, alat suntingan Galaxy AI yang inovatif membolehkan pengeditan yang mudah; seperti erase, re-compose, dan remaster. Untuk pengoptimuman yang lebih mudah dan lebih cekap, ciri Edit Suggestion yang menggunakan Galaxy AI akan mencadangkan suntingan yang paling sesuai untuk setiap foto. Untuk memberikannya kawalan kreativit sepenuhnya kepada pengguna, ciri Generative Edit boleh mengisi bahagian latar belakang imej dengan AI generatif.
Dalam pada itu, jika rakaman video yang rancak perlu diperlahankan, ciri Instant Slow-mo baharu akan menjana bingkai tambahan berdasarkan pergerakan untuk memperlahankan detik penuh aksi untuk penampilan yang lebih terperinci.
Untuk mengetahui potensi penuh Samsung Galaxy S24 Ultra, kami sarankan anda membaca ulasan Samsung Galaxy S24 Ultra kami di bawah :
ULASAN : Samsung Galaxy S24 Ultra – Premium dengan Titanium, Pintar dengan Galaxy AI