Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra – Peranti Flagship Gaming Terbaik

Tidak dapat dinafikan bahawa Samsung Galaxy S Series adalah telefon pintar flagship terbaik dipasaran, namun kemampuan gaming telefon pintar ini sentiasa menjadi persoalan oleh pengguna.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S24 Ultra dilihat mampu mengubah presepsi ini apabila ianya dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen for Galaxy.

Cipset ini adalah berbeza dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan oleh peranti flagship jenama lain kerana ianya dioptimumkan untuk pengguna Galaxy, chipset ini memberikan peningkatan NPU yang luar biasa untuk pemprosesan AI yang paling cekap dipasaran.

Selain itu, Galaxy S24 Ultra juga membawakan teknologi grafik setaraf konsol iaitu ray tracing yang membolehkan penguna nikmati kesan visual realistik  dengan bayang-bayang dan pantulan cahaya yang unggul. Lebih-lebih lagi, Galaxy S24 Ultra bakal menawarkan pelbagai jilid permainan video popular global yang lebih dioptimumkan melalui kerjasama dengan rakan kongsi pembangun permainan terkemuka industri.

Selain cipset berkuasa tinggi dengan ray tracing, Samsung juga telah meningkatkan keupayaan sistem penyejukan Galaxy S24 Ultra dengan ruang wap yang kini adalah 1.9 kali ganda lebih besar berbanding pada Galaxy S23 Ultra. Ini membolehkan Galaxy S24 Ultra mempunyai suhu permukaan yang jauh lebih sejuk yang membolehkan peranti beroperasi pada prestasi maksima apabila diperlukan.

Selain itu, Samsung juga telah meningkatkan kadar tindak balas sentuhan skrin sebanyak 12%, ini  membolehkan pemprosesan input dan tindak balas yang lebih pantas semasa bermain permainan video.

Kesemua ciri ini sudah pastinya memberikan pengguna satu pengalaman gaming yang lebih memuaskan malah mampu menyaingi peranti telefon gaming dipasaran.

Samsung Galaxy S24 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,299 namun terdapat pelbagai promosi hebat bagi pembelian terawal sehingga 6 Februari ini.

Dapatkan Samsung Galaxy S24 Ultra di SINI

ULASAN : Samsung Galaxy S24 Ultra – Premium dengan Titanium, Pintar dengan Galaxy AI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.