HONOR X9b 5G kini rasmi di Malaysia – Tahan Lasak dan dijana cip Snapdragon 6 Gen 1
Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Honor X9b 5G di Malaysia yang tampil dengan rekaan yang memastikan telefon pintar ini tahan lasak dengan teknologi Ultra Bounce.
Honor X9b 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci bersama kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+. Ianya mempunyai ciri 1920Hz PWM Dimming, Dynamic Dimming dan Circadian Night Display.
Selain itu, Honor X9b juga dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.
Seterusnya, Honor X9b disertakan dengan sistem kamera utama 108MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP.
Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga memiliki bateri 5,800mAh dengan pengecasan pantas 35W. Bateri ini juga mampu mengekalkan ketahanan bateri sehingga 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.
HONOR X9b 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,599 didalam dua warna iaitu titanium silver, midnight black dan sunrise orange (kulit vegan).
Selain itu, pra-tempahan kini dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 978 – termasuk Penggantian Skrin hadapan & panel belakang bagi tempoh 365 Hari, HONOR CHOICE Earbuds X5 dan HONOR CHOICE MOECEN Band. Jualan rasmi akan bermula pada 10 November 2023.
Dalam pada itu, HONOR X9b 5G juga telah menerima sambutan pra-tempahan yang sangat menggalakkan.