HUAWEI Watch Ultimate Design dengan rekaan emas 18K turut rasmi di Malaysia – RM 13,999, terhad 100 unit sahaja
Selain Watch GT 4 Series, HUAWEI juga telah memperkenalkan HUAWEI Watch Ultimate Design yang terhasil menggunakan teknik tatah emas tradisional China untuk reka bentuk emas enam segmen 18K yang direka unik pada bezel seramik nanohablur. Ia menghasilkan kilauan yang setanding dengan batu permata, membentuk rupa bezel jed bertatah emas.
Selain itu, HUAWEI Watch Ultimate Design bukan sahaja mampu mencapai rintangan air 10ATM, tetapi juga menyokong kedalaman 100 meter dan dilengkapi dengan keupayaan audio.
Jam tangan ini juga menjalani ujian standard rintangan air ISO 22810 dan ujian standard peralatan menyelam EN13319. dengan keupayaan untuk bertahan 24 jam pada air berkedalaman 110 meter.
Selain itu, jam pintar ini juga mempunyai skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 1.5-inci, sehingga 14 hari waktu penggunaan, pengecasan pantas didalam masa 60 minit sahaja dan pengurusan kesihatan yang lebih menyeluruh.
HUAWEI Watch Ultimate Design akan ditawarkan mulai 14 Oktober ini di Huawei Expereience Store yang terpilih pada harga RM 13,999 dan terhad kepada 100 unit sahaja.
Scan kod QR pada gambar jika anda berminat untuk mencuba sendiri jam tangan pintar HUAWEI Watch Ultimate Design ini.