Telefon pintar foldable OnePlus Open akan dilancarkan pada 29 Ogos
Telefon pintar foldable OnePlus yang pertama iaitu OnePlus Open akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos ini dan perkara ini telah dilaporkan oleh Max Jambor dan SmartPrix.
OnePlus Open dijangka akan dilancarkan di New York dengan pelancaran global bermula sejurus selepas itu.
Dari segi spesifikasi, OnePlus Open akan memiliki cover screen AMOLED 120Hz berukuran 6.3-inci, skrin boleh lipat berukuran 7.8-inci juga dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Seterusnya, OnePlus Open akan memiliki sensor utama 50MP IMX890, sensor ultrawide 48MP IMX581 dan sensor telefoto 64MP. Ianya akan turut disertakan bateri 4,800mAh dengan pengecasan pantas 67W.