Samsung Galaxy S23 FE telah menerima pensijilan bateri
Samsung Galaxy S23 FE yang telah lama dinantikan pelancaranya semakin hampir untuk pelancaran dan iany telah menerima pensijilan bateri daripada agensi Safety Korea.
Bateri dengan nombor model EB-BS711ABY bagi Galaxy S23 FE ini akan dikilangkan oleh Amperex namun kapasiti bateri telefon pintar ini tidak didedahkan.
Walaubagaimanapun, laporan tidak rasmi mengatakan bahawa telefon pintar ini akan memiliki bateri 4,500mAh bersama pengecasan pantas 25W.
Seterusnya, Samsung Galaxy S23 FE juga dikatakan akan dijana cip Exynos 2200 bersama 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ianya juga akan memiliki sensor utama 50MP.
Akhir sekali, Galaxy S23 FE dijangka akan dilancarkan sebelum pelancaran rasmi Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 yang akan berlangsung di Korea buat pertama kali pada minggu terakhir bulan Julai.