Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan rebat sehingga RM 1,000 bagi pembelian Samsung Galaxy S23 Series

Samsung Galaxy S23 Series telah berada dipasaran sejak bulan Februari yang lalu dan sambutan yang diterima telefon pintar flaghsip Samsung ini tidak kurang hebatnya.

Terbaru, Samsung telah mengumumkan satu promosi menarik yang memberikan anda rebat sehingga RM 1,000 bagi pembelian telefon pintar Galaxy S23 Series sehingga 30 Jun ini.

Berikut adalah jumlah rebat yang ditawarkan:

Galaxy S23 256GB – RM 300

Galaxy S23+ 512GB – RM 500

Galaxy S23 Ultra 512GB – RM 500

Galaxy S23 Ultra 1TB – RM 1,000

Selain itu, Samsung juga menawarkan rebat tambahan bernilai sehingga RM 600 apabila anda membuat trade-in telefon pintar lama anda.

Maklumat lanjut di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.