Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia – pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 1

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 2

Xiaomi 13 Series yang dilancarkan di MWC lewat malam tadi kini telah diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan terdapat dua model yang akan ditawarkan dipasaran tempatan iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro.

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 telah dilancarkan untuk pasaran global di MWC 2023 –

Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem kamera berkuasa yang terhasil dengan kerjasama Leica.

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 3

Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 akan ditawarkan di Malaysia mulai 8 Mac ini namun pra-tempahan kini telah dibuka iaitu dari 27 Februari sehingga 7 Mac 2023.

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 4
Xiaomi 13
Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 5
Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13 akan ditawarkan didalam satu varian iaitu 12/256GB pada harga RM 3,499 manakala Xiaomi 13 Pro akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 12/256GB pada harga RM 4,599 dan varian 12/512 pada harga RM 5,999 (pakej edisi terhad)

Dalam pada itu, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan di Lazada dan Shopee akan menerima ebaucar (untuk pembelian produk AIot) bernilai RM 699 bagi pembelian Xiaomi 13 dan RM 799 bagi pembelian Xiaomi 13 Pro (12/256GB)

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 6

Selain itu, bagi pra-tempahan di stor fizikal Xiaomi pula akan menerima Xiaomi TV P1 43” bernilai RM 1,799 dengan pembelian Xiaomi 13 manakala pembelian Xiaomi 13 Pro (12/256GB) akan menerima Xiaomi TV A2 58” bernilai RM 2,799.

Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia - pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499 7

Seterusnya, pra-tempahan Xiaomi 13 Pro varian (12/512GB) Edisi Terhad akan turut ditawarkan di stor fizikal Xiaomi akan menerima Xiaomi Watch S1 Pro, Xiaomi Buds 4 Pro, Xiaomi 33W PowerBank 10,000mAh Pocket Edition Pro dengan nilai keseluruhan RM 7,469.

Akhir sekali, jualan rasmi akan bermula pada 8 Mac dan pembelian ketika itu akan membolehkan anda menerima Redmi Buds 4  yang bernilai RM 239.

Pra-tempah Xiaomi 13 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.