S-Pen Samsung Galaxy S23 Ultra boleh dimasukkan terbalik tanpa sebarang kerosakkan
Samsung Galaxy S23 Ultra adalah antara beberapa model telefon pintar dipasaran untuk tampil dengan stylus terbina dan ianya pasti menghadapi pelbagai situasi yang tidak dingini.
Salah satu daripadanya adalah memasukkan S-Pen secara terbalik namun Samsung Galaxy S23 Ultra telah direka untuk memastikan tiada sebarang kerosakan kepada S-Pen dan telefon pintar jika ianya berlaku.
Jika anda termasukkan S-Pen secara terbalik, stylus ini akan masuk sedikit sebelum berhenti dan ini akan memberikan anda kesedaran bahawa anda telah memasukkanya secara terbalik.
Kali terakhir situasi ini menjadi isu adalah pada Galaxy Note5 yang dilancarkan pada tahun 2015 yang mana memasukkanya secara terbalik akan menyebabkanya tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan.
Pengesahan ini sudah pastinya memberikan kelegaan kepada bakal pengguna Galaxy S23 Ultra.