Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i – TWS Premium pada harga lebih berpatutan

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 21Pengenalan

HUAWEI memulakan tahun 2023 dengan memperkenalkan satu earphone TWS iaitu HUAWEI FreeBuds 5i pada harga berpatutan iaitu hanya RM 399 namun ciri-ciri yang dimiliki TWS ini boleh disamakan setaraf kebanyakkan TWS premium yang lebih mahal.

HUAWEI FreeBuds 5i telah dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Februari dan ianya dilihat sebagai sebuah TWS serba lengkap yang mampu memberikan anda pengalaman audio mudah alih yang memuaskan dan lebih penting pada harga yang lebih mesra poket.

Berikut adalah ulasan HUAWEI FreeBuds 5i yang kini ditawarkan di Malaysia

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 22

Rekaan

HUAWEI FreeBuds 5i adalah sebuah earphone TWS yang direka bentuk dengan mengutamakan kepada keselesaan pemakai manakala bekas pengecas pula mempunyai rekaan yang bergaya.

Lengkungan pada bekas pengecasan HUAWEI FreeBuds 5i diinspirasikan daripada batuan gunung berapi licin yang ditemui di pantai hitam Iceland, yang dibentuk oleh pasang surut ombak dari semasa ke semasa.

Selain itu, pengecas HUAWEI FreeBuds 5i mewarisi reka bentuk batu kerikil minimalis yang melengkung ini, dan TWS ini ditawarkan didalam warna Isle Blue, Nebula Black dan Ceramic White.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 23

Seterusnya, proses taburan yang unik menambah lapisan tekstur  pada permukaan bekas pengecasan, menjadikanya tampil dengan rekaan yang estetik dan selesa apabila dipegang.

Lebih-lebih lagi, kemasan matte pada keseluruhan bekas pengecasan ini memastikan ianya kekal sentiasa kemas dan bersih. Pada permukaan hadapan, terdapat logo HUAWEI dan satu lampu indikasi LED manakala pada sisi terdapat butang fungsi pada sisi kanan earbuds.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 24

Dalam pada itu, setiap earbuds HUAWEI ini mempunyai berat sekitar 4.9gram dengan reka bentuk fon telinga sepanjang 29mm dan menjadikannya selesa dan mudah dipakai oleh pengguna walaupun untuk tempoh masa yang panjang.

Earbuds ini adalah jenis full-in ear design yang memastikan kualiti audio dapat diterjemahkan sepenuhnya kepada gegendang telinga anda untuk pengalaman muzik dan panggilan yang terbaik.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 25

Melengkapkan lagi rekaan earphone ini adalah dengan pensijilan kalis air IP54 bagi earbuds yang bermaksud ianya boleh dipakai ketika bersenam namun bukan untuk sukan air dan pensijilan tidak untuk bekas pengecasan.

Bersama bekas pengecasan, anda akan menerima kabel pengecasan dan dua eartip tambahan yang berlainan saiz (saiz S & L) untuk digunakan mengikut kesesuaian telinga anda.

Untuk memaksimakan potensi HUAWEI FreeBuds 5i ini, ianya harus digunakan bersama aplikasi HUAWEI AI Life yang hanya tersedia pada Google Play Store atau Apple App Store dan ianya membolehkan anda tetapan seperti mod ANC, kesan bunyi, tetapan gesture dan ujian kesesuaian saiz eartip melalui Tip fit test.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 26

Kualiti Audio

HUAWEI FreeBuds 5i menawarkan pengalaman pendengaran yang memuaskan dan ianya lengkap dengan pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res) yang menampilkan respons frekuensi yang lebih luas dan bunyi audio HD resolusi tinggi.

Lebih menarik, FreeBuds 5i adalah salah satu daripada beberapa fon telinga TWS yang diperakui Hi-Res yang ditawarkan pada julat harga ini.

Ia memanfaatkan perkakasan yang berkuasa, algoritma, codec audio LDACTM HD dan kesan berbilang EQ, untuk memainkan audio HD dengan transmisi pantas sehingga 990 kbit/s, serta audio 96 kHz sehingga 24-bit.

Dengan kesan Multi-EQ, anda boleh memilih tiga daripada tiga tetapan iaitu default, bass boost dan treble boost untuk menikmati pengalaman pendengaran yang memuaskan.

HUAWEI FreeBuds 5i juga memilik pemacu dinamik bersensitiviti tinggi berukuran 10mm dengan diafragma komposit polimer untuk menawarkan bunyi dinamik dan amplitud yang berkuasa.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 5i juga merendahkan kadar latensi bunyi ketika permainan video, supaya tindakan pada skrin anda lebih mengasyikkan dan bermanfaat dalam pelbagai jenis permainan.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 27

Ciri ANC yang mampu menyingkrikan bunyi hingar dengan menyeluruh

HUAWEI FreeBuds 5i didatangkan dengan teknologi pembatalan bunyi hingar aktif hibrid melangkaui reka bentuk in-ear untuk menyekat bunyi frekuensi tinggi pasif dengan berkesan.

Setiap earbuds ini dilengkapi dengan dua mikrofon yang diletakkan di dalam dan di luar fon telinga dan ianya berfungsi untuk mengesan bunyi luaran dan bunyi tambahan pada saluran telinga yang membolehkan ianya kesan  pembatalan ANC sehingga 42dB.

HUAWEI FreeBuds 5i mempunyai tiga tahap pembatalan ANC iaitu Mod, Ultra dan Cozy yang menawarkan kesan pembatalan hingar yang berbeza berdasarkan persekitaran yang anda berada, seperti perpustakaan, pejabat atau didalam kereta api.

Walaubagaimanapun, apabila anda perlu memberi perhatian kepada bunyi persekitaran dan perbualan seseorang, ketik dan tahan fon telinga untuk beralih ke mod Awareness dengan mudah.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 28

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 5i juga tampil dengan ciri dual-device connection yang turut boleh digunakan walaupun peranti tersebut menggunakan platform yang berbeza.

Ini membolehkan peralihan automatik antara peranti yang menggunakan FreeBuds 5i sebagai sumber audio.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 29

Jangka Hayat Bateri

HUAWEI FreeBuds 5i menawarkan sehingga 28 waktu pendengaran dan ianya turut dilengkapi ciri pengecasan pantas yang mampu memberikan anda 4 jam waktu penggunaan dengan 15 minit sahaja.

Walaubagaimanapun, jangka hayat 28 jam ini adalah apabila ciri ANC tidak digunakan dengan kelantangan bunyi sekitar 50% namun apabila ciri ANC diaktifkan, anda akan boleh menikmati sekitar 18.5 jam waktu pendengaran muzik.

ULASAN : HUAWEI FreeBuds 5i - TWS Premium pada harga lebih berpatutan 30

Penutup

HUAWEI FreeBuds 5i terbukti sebagai sebuah TWS yang mampu memberikan anda pelbagai ciri premium pada harga yang lebih berpatutan dan lebih penting ianya boleh digunakan bersama semua peranti merentasi sistem operasi.

HUAWEI FreeBuds 5i kini ditawarkan di Malaysia pada harga RRP RM 399 namun jika anda pembelian sebelum 15 Februari 2023, anda boleh mendapatkanya pada harga pembelian terawal iaitu hanya RM 349

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.