Gambar lakaran HTC Nexus mula tersebar
Baru-baru ini terdapat satu gambar lakaran HTC Nexus yang dimuat turun di forum /r/Android subreddit dan berdasarkan gambar ini kita boleh mengatakan bahawa ianya hadir dengan reka bentuk hampir serupa seperti HTC 10 yang baru dilancarkan minggu lalu.
Panel hadapan HTC Nexus ini hadir dengan reka bentuk panel sisi uang sangat nipis dan mempunyai nisbah skrin kepada rangka yang sangat tinggi. Selain itu, butang ‘home’ yang menempatkan sesnsor capjari pada HTC 10 telah digantikan dengan satu pembesar suara manakala sensor capjari HTC Nexus ini dipindahkan ke bahagian belakang iaitu sama seperti LG Nexus 5X dan Huawei Nexus P6.
Dari segi dalaman, HTC Nexus ini dijangka akan hadir dengan speisfikasi yang sama seperti HTC 10 iaitu skrin paparan 5.2-inci Super LCD 5 QHD dengan resolusi 1440 x 2560 yang turut dilapisi dengan gelas keselamatan Gorilla Glass, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM, Android 6.0 Marshmallow ( HTC Nexus mungkin hadir dengan Android N) dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang hadir dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.
Kamera utama yang dimiliki oleh HTC 10 dan mungkin disertakan pada HTC Nexus adalah kamera 12MP dengan piksel lebar 1.55µm, aperture f/1.8 , Optik pengstabilan imej (OIS) dan pemfokusan Laser.Kamera ini juga mampu merakam mod RAW 12-bit, video 4K dan audio beresolusi tinggi.
Selain itu, HTC juga menjadi pengeluar telefon pintar pertama untuk menyertakan Optik pengstabilan imej (OIS) pada kamera hadapan (5MP) HTC 10 dan ciri turut mungkin disertakan pada HTC Nexus.
HTC Nexus ini dijangka akan dilancarkan di Google I/O yang akan diadakan pada bulan Jun 2016.