vivo X90 Pro dan vivo X90 kini rasmi dengan cip Dimensity 9200 dan kamera utama 1-inci – harga sekitar RM 2,362
Vivo secara rasminya telah melancarkan vivo X90 Series dan pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada vivo X90 dan vivo X90 Pro yang dijana cip MediaTek Dimenisty 9200 dan antaramuka OriginOS 3.
vivo X90 dan vivo X90 Pro tampil dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. ianya adalah panel yang mengeluarkan output 10-bit warna dan kecerahan 1,300nits.
Beralih kepada kamera, vivo X90 tampil dengan satu sensor utama 50MP IMX866 yang memiliki aperture f/1.75 dan OIS, satu sensor ultrawide 12MP IMX663 dan satu sensor telefoto 12MP IMX633 yang menawarkan 2x zoom optik.
vivo X90 Pro pula tampil dengan sensor utama 1-inci IMX989 dengan aperture f/1.75, sensor ultrawide 12MP dan sensor portrait 50MP yang juga menawarkan 2x zoom optik.Melengkapkan bahagian kamera ini adalah dengan penggunaan cip pengimejan V2 yang membantu pemprosesan imej dan gambar low-light yang lebih baik.
Ke bateri, vivo X90 tampil dengan dwi-sel bateri berkapasiti 4,810mAh manakala vivo X90 Pro pula tampil dengan bateri 4,870mAh dan kedua-dua model ini menyokong pengecasan pantas 120W. vivo X90 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W namun hanya dengan pengecasan tanpa wayar khas yang dikeluarkan oleh syarikat ini.
vivo X90 ditawarkan didalam warna black, blue dan red pada harga dari CNY 3,699 (RM 2,362) bagi versi 8/128GB.
vivo X90 Pro pula ditawarkan didalam warna black dan red colors dengan harga yang bermula dari CNY 4,999 (RM 3,192) bagi varian 8/256GB.