OnePlus Ace Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan pengecasan 150W
OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus Ace Pro yang merupakan telefon pintar yang sama seperti OnePlus 10T untuk pasaran China.
OnePlus Ace Pro akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR10+ (10 bit).
Selain cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB atau 16GB jenis LPDDR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1 pada kapasiti sehingga 256GB.
OnePlus Ace Pro mungkin telefon pintar flagship OnePlus bagi pasaran China, namun ianya tidak disertakan dengan teknologi kamera Hasselblad kerana ianya lebih memfokuskan kepada prestasi terbaik berbanding fotografi.
OnePlus Ace Pro tampil dengan satu sensor utama 50MP IMX766 yang turut mempunyai OIS bersama satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP.
Seterusnya, OnePlus Ace Pro juga menampilkan sistem penyejukan terbesar dan tercanggih dari OnePlus yang meliputi ruang penyejukan melebihi 37,000 mm2.
Ini dicapai melalui ruang wap halaju-krio dengan 8 saluran pelesapan dan struktur pelesapan kapilari 3D yang direka bentuk semula dan didakwa dua kali ganda lebih efektif berbanding ruang wap yang biasa digunakan pada telefon pintar.
Selain itu, OnePlus Ace Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 150W SUPERVOOC Endurance Edition yang mampu memenuhi kapasiti bateri telefon pintar ini didalam masa 19 minit sahaja dan ianya disertakan dengan adapter 160W didalam kotak.
OnePlus Ace Pro juga dilengkapi ciri Battery Health Engine yang memastikan kadar degradasi bateri akan berada pad tahap 80% hanya selepas 1,600 kitaran pengecasan.
OnePlus Ace Pro juga dilengkapi pembesar suara stereo, antena 360⁰, sensor capjari dalam skrin, antaramuka ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12.
OnePlus Ace Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Jade Green dan Moonstone Black pada dari CNY 3,499 (RM 2,308).