Netflix berkerjasama dengan Microsoft untuk menawarkan iklan pada pelan bulanan lebih murah
Netflix dilaporkan telah mula kehilangan pelanggan sejak kebelakangan ini dan salah satu cara untuk menarik semula pelanggan adalah menawarkan pelan yang lebih berpatutan yang mempunyai iklan.
Untuk menjadikan perkara ini satu realiti, Netflix telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft sebagai rakan teknologi pengiklanan global dan rakan kongsi jualan
Ini bermaksud, kesemua iklan pada Netflix akan ditawarkan secara eksklusif melalui platform Microsoft dan pelanggan sediada Microsoft juga akan mempunyai akses kepada pelanggan Netflix dan inventori TV premium.
Walaupun telah mengumumkan kerjasama ini, buat masa Netflix belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai bila pelan baharu dengan iklan akan dilancarkan.