Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 Pro akan mula dijual bulan hadapan

Xiaomi Redmi Note 3 Pro akan mula dijual bulan hadapan 1

image

Mi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xiaomi Redmi Note 3 akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada bulan April.

Pada satu majlis eksklusif bersama media, Xiaomi telah mengesahkan perkara ini namun harga dan tarikh penjualan pertama akan didedahkan pada 29 Mac ini ( tepat pukul 12 tengahari melalui Facebook Mi Malaysia).

Xiaomi Redmi Note 3 Pro adalah versi Redmi Note 3 yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan kamera utama 16MP.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 650 ini adalah pemproses yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 618.

Selain daripada itu, perbezaan model Redmi Note 3 asal dengan Redmi Note 3 Pro yang baru ini adalah dari segi kamera dimana model ini hadir dengan kamera 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie model Redmi Note 3 Pro ini adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 Pro adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa kedua-dua versi RAM ini akan dibawa masuk dan ianya akan ditawarkan didalam tiga warna (warna mengikut versi).

selain itu, pihak Mi Malaysia juga mendedahkan bahawa Xiaomi Mi 5 mungkin memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Mei atau Jun 2016.

image image image image image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.