ASUS ROG Phone 6 dan realme GT 2 Master Explorer Edition akan jadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1
Beberapa hari lalu Qualcomm telah mengumumkan pelancaran cipset flagship terbaru mereka iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 yang tampil dengan sedikit peningkatan dari segi prestasi dan kecekapan tenaga.
Setakat ini kebanyakkan syarikat pengeluar telefon pintar telah mengesahkan akan melancarkan telefon pintar dengan cipset ini mulai suku ke-3 tahun ini.
Terbaru, ASUS secara rasminya telah mengesahkan bahawa ASUS Phone 6 akan menjadi telefon pintar gaming pertama untuk hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini.
Selain ASUS, realme juga telah mengesahkan telefon pintar realme GT 2 Master Explorer Edition akan menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran dengan cip flagship terbaru Qualcomm ini.
Walaubagaimanapun, realme GT 2 Master Explorer Edition dijangka akan ditawarkan di China terlebih dahulu dan dijangka eksklusif untuk pasaran negara tembok besar itu sahaja.