vivo X80 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Dimensity 9000
vivo secara rasminya telah melancarkan vivo X80 Series di China dan telefon pintar flagship ini juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan.
vivo X80 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Mei 202
Buat masa ini, vivo X80 Series terdiri daripada dua model iaitu vivo X80 dan vivo X80 Pro manakala vivo X80 Pro+ pula dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
vivo X80 Pro adalah model tumpuan pada artikel ini dan ianya hadir dengan skrin paparan E5 LTPO2 AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz yang menyokong kadar segar dinamik antara 1Hz hingga 120Hz.
Skrin ini juga memiliki sensor capjari ultrasonic yang mempunyai ruang pengesanan yang lebih besar iaitu sekitar 38.7% berbanding generasi sebelum ini.
vivo X80 Pro ditawarkan didalam dua jenis cipset iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dan MediaTek Dimensity 9000, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Beralih kepada kamera, vivo X80 Pro memiliki 4 sensor kamera iaitu satu sensor utama khas 50MP Samsung ISOCELL GNV yang mempunyai OIS, pemfokusan laser, teknologi Pixel Shift dan aperture f/1.57.
Telefon pintar ini juga memiliki satu sensor 12MP Sony IMX663 yang mempunyai 2x zoom dengan pengstabilan gimbal, satu sensor telefoto 5x 8MP dengan aperture f/3.4 dan sensor ultrawide 48MP Sony IMX598.
Selain itu, kesemua kamera ini juga mempunyai saluran lensa Zeiss T* dan cip vivo V1+ ISP untuk fotografi low-light yang lebih baik.
Kamera selfie pada vivo X80 Pro adalah sensor 32MP.
Beralih kepada bateri, vivo X80 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W.
Selain itu, vivo X80 Pro memiliki sistem penyejukan VC 27 lapisan, cip audio HiFi, NFC, pembesar suara stereo dan pensijilan IP68 serta OriginOS Ocean yang berasaskan Android 12.
vivo X80 Pro ditawarkan didalam tiga warna yang memiliki yang diperbuat dari bahan yang berbeza iaitu Black (Gelas AG ), Orange (Kulit Vegan) dan Green (Seramik).