Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Elite 4 Active kini rasmi di Malaysia pada harga RM 579

Jabra secara rasminya telah memperkenalkan model terbaru didalam siri Jabra Elite iaitu Jabra Elite 4 Active.

Model fon telinga yang sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif, termasuk senaman popular seperti yoga, tinju atau berlari.

Produk terbaru dalam rangkaian TWS Jabra ini membolehkan penggunaan lasak dengan ketahanan kalis peluh dan air berkadar IP57.

Reka bentuk athleisure TWS ini juga menjamin kesesuaian yang unik dan selamat, direka untuk kekal didalam telinga semasa anda bersenam

Jabra Elite 4 Active akan ditawarkan pada harga RM 579, fon telinga menawarkan pilihan harga yang berpatutan kepada mereka yang mencari TWS yang bukan sahaja menyokong gaya hidup aktif mereka, tetapi menawarkan kualiti panggilan yang hebat untuk berhubung dengan rakan dan rakan sekerja.

Jabra Elite 4 Active ini juga menawarkan jangka hayat bateri yang lama iaitu sehingga 7 jam masa pendengaran (dan sehingga 28 jam dengan bekas pengecasan), Elite 4 Active juga mempunyai sokongan pengecasan pantas.

Turut unik untuk produk dalam kategori harga ini, ialah pengalaman main balik Alexa Built-in, Spotify Tap dan Google Fast Pair*.

Sementara itu, dengan main balik Spotify Tap*, anda boleh mengakses muzik yang anda gemari dengan cepat tanpa perlu mengawalnya daripada telefon anda.

Untuk memastikan fokus maksimum bagi pemakai, Jabra Elite 4 Active menyekat bunyi hingar aktif dengan Active Noise Cancellation (ANC). Sama ada anda berada di jalanan atau di gim, fon telinga ini memastikan anda dapat bersenam dengan tenang.

Di samping itu, pengalaman muzik yang mengasyikkan dipertingkatkan lagi melalui penyamaan yang boleh disesuaikan.

Fon telinga ini juga menawarkan termasuk teknologi HearThrough untuk kesedaran persekitaran tambahan. .

Jabra Elite 4 Active menawarkan panggilan hebat dengan teknologi 4-mikrofon, dilindungi oleh penutup jaringan khas untuk perlindungan bunyi angin tambahan, supaya anda boleh didengari dengan kuat dan jelas semasa panggilan.

j

Jabra Elite 4 Active ditawarkan didalam tiga warna yang menarik iaitu Navy Blue Laut, Black dan Mint.

Jabra Elite 4 Active hadir dengan waranti selama 2 tahun terhadap kegagalan akibat habuk dan air dengan pendaftaran aplikasi Jabra Sound+.

Jabra Elite 4 Active kini boleh didapati di peruncit terpilih dan di e-kedai rasmi Jabra di Shopee dan Lazada.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.