Samsung Malaysia umum program bantuan banjir – baiki produk Samsung tanpa kos buruh
Kejadian banjir yang menimpa beberapa negeri di Malaysia telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Antara barangan yang hampir pasti rosak apabila terkena air adalah produk elektronik dan Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan program pembaikan produk yang terjejas akibat banjir secara percuma.
Samsung Malaysia Electronics akan menawarkan perkhidmatan pembersihan dan pemeriksaan percuma serta kos buruh percuma bagi produk yang rosak.
Antara produk Samsung yang boleh dibaiki adalah penyaman udara, mesin basuh, peti sejuk, televisyen, tablet dan telefon pintar.
Program ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2022 dan pelanggan boleh menghubungi 1800-88-9999, live chat melalui Samsung Members atau kunjungi Samsung.com/my untuk membuat temujanji.
maklumat lanjut mengenai program ini di sini