Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A32 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja

Samsung Galaxy A32 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja 1

Samsung Galaxy A32 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja 2
Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Galaxy A32 5G kini akan ditawarkan dengan harga jualan terbaru yang lebih murah.

Samsung Galaxy A32 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja iaitu RM 100 lebih murah berbanding sebelum ini.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi telefon pintar ini, ianya memiliki skrin paparan Super AMOLED 90Hz Infinity-U berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+.

Selain itu, Samsung Galaxy A32 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 720 5G, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A32 5G mempunyai sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

Beralih kepada bahagian bateri, Samsung Galaxy A32 5G menawarkan kapasiti bateri yang sama seperti pada Galaxy A72 iaitu 5,000mAh namun kadar pengecasan pantas adalah 15W sahaja.

Beli Galaxy A32 5G di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.