Jabra menawarkan kredit Touch n’ Go eWallet percuma dengan pembelian Elite 7 Pro dan Elite 2
Sebagai penutup kepada tahun 2021 yang mencabar, Jabra Malaysia telah mengumumkan promosi menarik yang menawarkan kredit Touch n’ Go eWallet dengan pembelian produk TWS terbaru Jabra.
Mulai 17 hingga 31 Disember ini, setiap pembelian Jabra Elite 2 pada harga RM 299 akan menerima kredit tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM 30 manakala pembelian Jabra Elite 7 Pro pada harga RM 999 pula akan menerima kredit tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM 80.
Promosi eksklusif hujung tahun ini adalah sah di semua wakil penjual rasmi Jabra Malaysia secara online dan offline.