Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 – Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 1

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 2Pengenalan 

Jam Pintar terbaru HUAWEI yang juga merupakan jam pintar pertama syarikat ini dengan HarmonyOS 2.0 iaitu HUAWEI Watch GT3 kini telah dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM 999 sahaja.

HUAWEI Watch GT 3 merupakan sebuah jam pintar yang premium dan ianya boleh digunakan bersama peranti HUAWEI dan Android.

Kami telah mengulas HUAWEI Watch GT 3 46mm dan berikut adalah ulasan jam pintar terbaru daripada syarikat ini. HUAWEI Watch GT 3 juga ditawarkan didalam versi 42mm.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 3
Reka Bentuk Premium

Dari segi reka bentuk, Huawei Watch GT 3 adalah jam pintar yang hadir dengan reka bentuk premium yang sama seperti kebanyakkan jam pintar HUAWEI namun dengan reka bentuk yang lebih diperhalusi dan terdapat juga satu butang rotating crown.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 4
HUAWEI Watch GT 3 42mm dan 46mm ditawarkan didalam dua pilihan tali iaitu tali Fluoroelastomer yang lebih sesuai kepada pengguna yang lebih aktif bersukan dan tali kulit yang lebih sesuai kepada gologan profesional yang mementingkan gaya.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 5
HUAWEI Watch GT 3 46mm juga hadir dengan berat yang tidak terlalu membebankan apabila dipakai pada tangan iaitu hanya 42.6 gram manakala Watch GT 2 42mm mempunyai berat hanya 35 gram. Berat ini hanya merujuk kepada rangka jam tanpa tali.

Seperti kebanyakkan jam pintar premium lain dipasaran, HUAWEI Watch GT 3 juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 6
Pemproses dan Prestasi

HUAWEI Watch GT 3 disertakan dengan pemproses ARM Cortex-M yang tidak diketahui dan ianya juga mempunyai 32MB RAM serta 4GB storan dalaman.

Storan ini boleh digunakan untuk memuat naik aplikasi dari HUAWEI AppGallery atau menyimpan sekitar 500 lagu yang boleh dimainkan terus tanpa memerlukan sambungan kepada telefon pintar.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 7
Skrin Paparan

Kedua-dua model Watch GT 3 menggunakan panel AMOLED yang bersaiz 1.43-inci

dengan kepadatan 326ppi bagi versi 46mm manakala versi 42mm tampil dengan skrin paparan berukuran 1.32-inci dengan kepadatan 352ppi. Panel AMOLED ini mempunyai kecerahan maksima 800 nits yang mana ianya cukup terang untuk digunakan dibawah cahaya matahari  manakala kecerahan automatik juga amat responsif.

HUAWEI Watch GT 3 tampil dengan 10 reka bentuk Watch Face stok dan anda juga boleh memuat naik foto anda sendiri untuk digunakan sebagai latar belakang Watch Face.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 8
HUAWEI TrueSeen 5+

Perubahan utama pada HUAWEI Watch GT 3 adalah sensor TruSeen 5+ yang direka bentuk semula . Ia menggandakan bilangan fotodiod daripada generasi jam tangan HUAWEI GT sebelum ini dan menambah sumber cahaya tambahan untuk bacaan yang lebih tepat . Pemantauan SpO2 sepanjang hari juga kini boleh dilakukan pada jam pintar ini.

Huawei Watch GT 3 hadir dengan sistem operasi Harmony OS yang pertama kali digunakan pada HUAWEI Watch 3 Pro.

OS ini mempunyai banyak persamaan dengan HUAWEI Lite OS  namun tampil dengan lebih banyak ciri dan fungsi yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kekurangan yang ketara. Seperti ketiadaan sokongan aplikasi pihak ketiga yang lebih meluas atau keupayaan untuk mengeksport data kesihatan dengan mudah atau menyegerakan data tersebut dengan kebanyakan aplikasi kecergasan utama.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 9
Menyokong 100+ mod sukan

HUAWEI Watch GT 3 menawarkan senarai mod kecergasan yang sangat menyeluruh dimana sebanyak 100+ mod sukan ditawarkan pada pergelangan tangan anda.

Pilih sahaja aktiviti yang anda mahu lakukan dan setiap sensor didalam HUAWEI Watch GT 3 akan memastikan setiap data penting aktiviti kecergasan anda direkodkan dengan tepat dan menyeluruh.

HUAWEI Watch GT 3 juga dilengkapi dengan GPS dan Barometer ketinggian yang terbina untuk memantau tekanan udara semasa secara langsung dan memberi amaran kepada anda sekiranya berlaku perubahan drastik sebelum bermulanya keadaan cuaca yang melampau, berfungsi sebagai peranti pelindung tambahan untuk pengembaraan luar anda.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 10

Jangka Hayat Bateri

Huawei Watch GT 3 mempunyai hayat bateri yang samgat baik dan Huawei mendakwa Watch GT 46mm mempunyai sehingga 14 hari jangka hayat bateri dengan penggunaan biasa dan sehingga lapan hari dengan penggunaan yang lebih agresif.

Kami memperoleh sekitar 9-10 hari penggunaan yang mana ianya dilihat sesuatu yang amat mencukupi bagi.

Bercakap mengenai pengecasan pula, anda boleh mengecas penuh bateri HUAWEI Watch GT 3 ini didalam masa 1 jam 30 minit namun mampu mencapai tahap 50% didalam masa 30 minit sahaja.

ULASAN : HUAWEI Watch GT 3 - Jam Pintar dengan jangka Hayat Bateri luar biasa 7

Penutup

HUAWEI Watch GT 3 adalah sebuah jam pintar premium lengkap yang mampu berdiri setaraf dengan Apple Watch namun sasaran pengguna yang berbeza memastikan keduanya tidak dapat dibandingkan secara terus.

HUAWEI Watch GT 3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang amat kompetitif iaitu dari RM 999 dan ianya dihadir didalam dua pilihan saiz iaitu 42mm atau 46mm.

HUAWEI Watch GT 3 juga hadir didalam edisi Watch GT 3 Runner.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.