Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Edge S30 kini rasmi dengan Snapdragon 888+ – harga serendah RM 1,321


Selain pelancaran Motorola Edge X30 dengan cip Snapdragon 8 Gen1, Motorola juga menawarkan satu lagi alternatif kepada pengguna yang mahu sebuah telefon pintar midrange premium yang tampil dengan cip Snapdragon 888+ iaitu Motorola Edge S30.

Motorola Edge S30 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz dengan ciri adaptive refresh rate.

Pada bahagian belakang, Motorola Edge S30 hadir dengan sensor utama 108MP, sensor ultra wide 13MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, Motorola Edge S30 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W dan sistem operasi Android 11.

Motorola Edge S30 akan ditawarkan pada harga CNY 1,999 bagi versi 6/128GB (RM 1,321) manakala versi 12/256GB pula akan ditawarkan pada harga CNY 2,599 (RM 1,718).

Motorola Edge S30 akan ditawarkan di China mulai 21 Disember ini namun maklumat penawaran antarabangsa masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.