Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro dijangka hadir dengan Snapdragon 898 dan pengecasan UltraDart 125W

realme GT 2 Pro dijangka hadir dengan Snapdragon 898 dan pengecasan UltraDart 125W 1

realme GT 2 Pro dijangka hadir dengan Snapdragon 898 dan pengecasan UltraDart 125W 2
realme sebelum ini telah mengesahkan bahawa terdapat perancangan untuk melancarkan telefon pintar flagship ultra premium dibawah siri realme GT.

Selain itu, realme juga akan mula menawarkan teknologi pengecasan realme UltraDart 125W tahun hadapan dan laporan terbaru dari China telah mengesahkan bahawa realme GT 2 Pro akan menjadi telefon pintar pertama dengan teknologi ini.

realme GT 2 Pro juga dijangka akan hadir dengan cip flagship generasi terbaru daripada Qualcomm yang didakwa akan dikenali sebagai Snapdragon Gen 1 atau Snapdragon 898 bersama-sama storan UFS 3.1, RAM jenis LPDRR5 dan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Dalam pada itu, realme GT 2 Pro ini juga dikatakan akan hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.51-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Dari segi fotografi pula, realme GT 2 Pro akan hadir dengan sensor utama 50MP yang mempunyai OIS, satu sensor ultrawide dan satu sensor telefoto. Kamera selfie adalah unit 32MP.

realme GT 2 Pro dijangka akan ditawarkan pada harga CNY 3,999 atau sekitar RM 2,616.

Pelancaran realme GT 2 Pro mungkin berlangsung lewat bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.