Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hugo Barra mengesahkan Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan 24 Februari

Hugo Barra mengesahkan Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan 24 Februari 1

xioami mi 5 hugo barra

Minggu lalu pengasas dan naib presiden Xiaomi iaitu Liwan Jiang telah mengesahkan generasi telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan pada 24 Februari 2016.

Naib Presiden Xiaomi Antarabangsa kini telah mengesahkan bahawa Xioami Mi 5 akan menjadi produk pertama yang dilancarkan syarikat ini pada 24 Februari.

Hugo Barra telah membuat satu posting di Facebook dan Twitter milik beliau dengan satu gambar yang mempunyai angka 5 yang merujuk kepada Xiaomi Mi 5.

Selain itu, tiada sebarang maklumat mengenai telefon pintar Xiaomi Mi 5 ini dikeluarkan dan model ini berada didalam pembikinan selama 18 bulan sekaligus memberikan Xiaomi peluang untuk menjadikanya sebagai antara telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.

Awal hari ini, kami juga telah melaporkan mengenai rangka Xioami Mi 5 yang tersebar dan ianya dijangka akan hadir didalam dua versi yang berbeza.

Xioami Mi 5 dilihat akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci dengan resolusi 1080 x 1920 dan akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB RAM/32GB ROM dan 4GB RAM/64GB ROM.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan kamera 16MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Xiaomi Mi 5 akan juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,030mAh yang turut menyokong pengecasan pantas dan sistem operasi Android Marshmallow dengan MIUI 7.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.