Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama 1

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama 2
Walaupun pada mulanya, hanya dua telefon pintar  Honor Magic3 Series dikatakan akan dilancarkan, Honor telah membuat kejutan dengan melancarkan Honor Magic3 Pro+ yang tampil dengan reka bentuk yang lebih premium dengan panel nano seramik .

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama 3

Honor Magic3 Pro+ juga hadir dengan skrin paparan OLED melengkung 89° berukuran 6.76-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. Lapisan gelas yang digunakan adalah ‘Nano Crystal Shield’ yang didakwa 3 kali ganda lebih kukuh berbanding gelas keselamatan lain dipasaran 

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama 4

Dari segi cip pemprosesan, Honor Magic3 Pro+ hadir dengan cip Snapdragon 888+ yang dipadangkan dengan 12 RAM dan storan dalaman 512GB.

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama 5

Beralih kepada kamera, Honor Magic3 Pro hadir dengan sistem 4 kamera utama yang terdiri daripada sensor wide 50MP Sony IMX700 , sensor monokrom 64MP, sensor ultrawide 64MP, sensor telefoto 64MP, sensor 8×8 dTOF dan sensor suhu warna ‘multi spectrum’.

Kamera selfie Honor Magic3 Pro+ adalah sama seperti Honor Magic3 Pro iaitu 13MP dengan sensor 3D TOF.

Honor Magic3 Pro+ juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,600mAh yang turut dilengkapi Honor SuperCharge 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama 6

Honor Magic3 Pro+ akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Ceramic Black dan Ceramic White pada harga €1,499 (RM 7,444).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.