Samsung Galaxy S7 dijangka hadir didalam versi dwi-SIM
Semakin kita hampir kepada tarikh pelancaran Samsung Galaxy S7, banyak maklumat dan spesifikasi mengenai generasi terbaru Galaxy S mula diketahui.
Sebelum ini kita telah mendapat satu maklumat daripada @evleaks bahawa Samsung akan melancarkan tiga model didalam siri Galaxy S7 iaitu Galaxy S7, Galaxy S7 Edge dan Galaxy S7 Edge+.
Pelancaran ini akan berlangsung di Samsung UNPACKED 2016 bulan hadapan dan kesemua versi kini dikatakan akan juga hadir dengan versi dwi-sim dibeberapa pasaran terpilih.
Satu dokumen pensijilan agensi telekomunikasi Galaxy S7 di Indonesia telah mendedahkan bahawa dua model Samsung dengan nombor model SM-G930FD dan SM-G935FD telah dikesan dan ianya adalah Samsung Galaxy S7 memandangkan model Galaxy S6 yang dilancarkan tahun lalu mempunyai nombor model SM-G920.
GSMArena mendakwa bahawa model SM-G935FD merujuk kepada Samsung Galaxy S7 didalam konfigurasi dwi-SIM dan kedua-dua model ini juga akan hadir dengan pemproses Exynos 8890 kerana ianya mempunyai kod âFDâ.
Jika ianya adalah model yang hadir dengan pemproses Snapdragon 820, ianya mungkin memiliki kod âAâ pada nombor model.
jika pasaran Indonesia menerima versi Galaxy S7 didalam versi dwi-SIM, pasaran Malaysia juga mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menerima versi yang sama.
Bercakap mengenai spesifikasi asas yang akan dimiliki oleh Galaxy S7, kesemua model ini akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman, kamera 12MP BRITECELL , kapasiti bateri yang lebih besar dan slot microSD.