ZTE mendakwa reka bentuk Nexus 6P ditiru dari ZTE Grand S
Nexus 6P yang dikeluarkan oleh Huawei sebagai telefon pintar terbaru Google bersama-sama Nexus 5X yang dikeluarkan oleh LG telah mendapat pujian kerana reka bentuk phablet itu yang unik dan premium.
Walaubagaimanapun, ZTE telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Huawei secara terang-terang telah meniru reka bentuk telefon pintar mereka iaitu ZTE Grand S yang dilancarkan beberapa tahun lalu.
Ketua pegawai pemasaran ZTE, Lu Qian Hao telah mengeluarkan dakwaan ini di akaun Weibo miliknya dan berkata reka bentuk panel hitam dibahagian atas panel belakang itu adalah reka bentuk yang telah diperkenalkan oleh ZTE melalui Grand S.
Dalam pada itu, pada satu sesi soal jawab di Reddit, wakil dari Google telah mengesahkan bahawa reka bentuk bonjol pada Nexus 6P adalah disebabkan sensor kamera yang dimiliki oleh telefon pintar ini (antara yang terbesar bagi telefon pintar), NFC dan antena.
wakil itu juga mendakwa, Huawei harus diberikan pujian kerana ini adalah salah satu cabaran dari segi reka bentuk dan Huawei berjaya melakukanya dengan sempurna tanpa menjejaskan reka bentuk asalnya.