Samsung akan menjadi pembekal utama skrin paparan OLED iPhone
Khabar angin mengenai syarikat manakah yang akan menjadi pembekal skrin paparan OLED kepada Apple iPhone mulai 2018 masih menjadi satu debat yang hangat dan dengan skala pembuatan iPhone yang besar sudah pastinya Apple sudah memilih siapakah yang akan menjadi pembekal skrin paparan baru ini.
Jika beberapa hari lalu, AU Optronics mula dikaitkan sebagai salah satu pembekal skrin paparan iPhone OLED namun realitinya di pasaran OLED, hanya beberapa syarikat yang mampu menyiapkan jumlah tempahan luar biasa Apple ini.
Disebabkan ini, Samsung sentiasa dikaitkan sebagai pembekal utama skrin paparan OLED mengatasi Japan Display Inc .
Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, sumber industri berkata bahawa kontrak perjanjian pembekalan skrin paparan OLED antara Apple dan Samsung telah ditandatangani.
Samsung dikatakan akan melabur antara $6.64 bilion sehingga $7.47 billion didalam syarikat skrin paparan mereka iaitu Samsung Display dan kesemua jumlah ini akan digunakan untuk meningkatkan kapasti pengeluaran yang lebih tinggi. Samsung dilaporkan ingin mengeluarkan 30 000 hingga 40 000 panel OLED setiap bulan pada tahun ini dan meningatkan lagi produksi kepada 45 000 panel OLED pada tahun 2017.
Walaupun Samsung dipilih sebagai pembekal utama, Apple sudah pastinya akan mempunyai pembekal sampingan bagi skrin paparan OLED ini kerana ini untuk memastikan tiada sebarang masalah kekurangan stok dihadapi.
Dengan perjanjian baru ini, hubungan teggang antara Samsung dan Apple mungkin akan pulih sedikit