Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 akan mempunyai ciri pengambilan gambar Live Photo

samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-1

Seperti yang kita sedia maklum, Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hadir dengan fungsi pengambilan gambar ‘Live Photo’ yang mana kamera akan mengambil satu video pendek 1.5 saat sebelum dan 1.5 selepas anda menekan butang pengambilan gambar. Gambar ‘Live Photo’ ini boleh dilihat dengan hanya menekan gambar tersebut di galeri dengan menggunakan fungsi 3D Touch.

Satu laporan baru berkata bahawa Samsung akan menawarkan fungsi pengambilan gambar yang seperti ini pada generasi baru telefon pintar mereka. Walaubagaimanapun, laporan ini turut mendedahkan bahawa ciri pengambilan gambar baru ini tidak akan disertakan pada Galaxy S7 ketika pelancaran satu kemaskini baru akan dihantar apabila ciri ini telah siap untuk ditawarkan kepada pengguna.

Menurut laporan ini lagi, ciri pengambilan gambar ini akan dikenali sebagai Timeless Photo atau Vivid Photo dan tidak seperti Apple Live Photo, ciri ini tidak akan mempunyai audio dan ini membolehkan pengguna Galaxy S7 berkongsi gambar ini di Facebook didalam format GIF. Fungsi perkongsian gambar Live Photo di Facebook juga didalam proses pembikinan.

Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan di Samsung UNPACKED 2016 yang akan diadakan pada 21 Februari 2016 iaitu sehari sebelum bermulanya Mobile World Congress di Barcelona.

Sehingga itu, bagi pengguna Android, anda mungkin boleh menggunakan aplikasi Camera MX untuk mengambil gambar Live Photo seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.