Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 6 Plus dilaporkan terbakar secara tiba-tiba

APPLE-iphone-6-plus-terbakar-3
Telefon pintar dan pengguna pada zaman sekarang boleh dikatakan susah untuk dipisahkan walaupun ketika tidur dimana kebiasaanya pengguna akan meletakkan telefon pintar mereke bersebelahan mereka.

Sedar atau tidak dengan meletakkan telefon pintar bersebelahan dengan anda ketika tidur, anda telah mendedahkan diri anda kepada bahaya yang mungkin menyebabkan kecederaan malah mampu meragut nyawa.

Jika semalam pengguna iPhone 4s telah bertindak memfailkan saman ke atas Apple, hari ini satu lagi telefon pintar iPhone iaitu iPhone 6 Plus telah menjadi tumpuan untuk tujuan yang salah.

Fox 5 News melaporkan bahawa seorang pengunting rambut di Atlanta, David Grimsley yang mengecas iPhone 6 Plus beliau bersebelahan tempat tidurnya mendapat satu kejutan apabila iPhone 6 Plus beliau secara tiba-tiba terbakar dan mengeluarkan asap 20 minit selepas itu.

Beliau yang terkejut dengan kejadian ini terus menolak iPhone 6 Plus ke jubin lantai. Kejadian ini telah menyebabkan tangan telah mengalami sedikit luka kebakaran.

Selepas itu, Grimsley telah melaporkan kejadian ini kepada Apple dan Apple dengan segera telah menghantar satu unit baru iPhone 6 Plus menggantikan model yang terbakar itu.

Walaupubagaimanapun, beliau kecewa kerana Apple dilihat seperti lepas tangan dan tidak bertanya apa-apa tentang kejadian tersebut atau samada beliau tercedera didalam kejadian itu.

Disebabkan kejadian ini, Grimsley mengaku kini beliau menghadapi trauma untuk mengecas iPhone beliau.

Walaupun ini bukan kali pertama kita mendengar kejadian seperti ini berlaku ini adalah kali kedua kejadian yang sama melibatkan Apple iPhone 6 Plus berlaku dan kes sebelum ini juga turut dilaporkan dari Altanta.

dua sebab utama kejadian ini berlaku adalah disebabkan bateri peranti anda mempunyai kerosakan daripada jatuhan atau pengunaan plak pengecas berkualiti rendah.

Walaubagaimanapun, perkara ini juga boleh berlaku jika pengeluar telah menghantar unit telefon pintar tersebut dengan bateri yang tidak melepasi piawaian yang ditetapkan.

sumber

APPLE-iphone-6-plus-terbakar-1 APPLE-iphone-6-plus-terbakar-2 APPLE-iphone-6-plus-terbakar APPLE-iphone-6-plus-terbakar-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.