Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Z6 Lite mungkin dilancarkan tahun hadapan

sony-xperia-z6-lite-malaysia
Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa Sony akan melancarkan 5 jenis model telefon pintar utama mereka iaitu Xperia Z6 yang hadir dengan saiz skrin yang berbeza.

Antara model yang diperkatakan sebelum ini adalah Xperia Z6 Mini dengan skrin paparan 4.0-inci, Xperia Z6 Compact dengan skrin paparan 4.6-inci, Xperia Z6 dengan skrin paparan 5.2-inci, Xperia Z6 Plus dengan skrin paparan 5.8-inci dan Xperia Z6 Ultra dengan skrin paparan 6.4-inci.

Kini satu laman sesawang dari China iaitu Mobile-dad melaporkan Sony akan melancarkan satu lagi model didalam siri Xperia Z6 ini iaitu Xperia Z6 Lite.

Xperia Z6 Lite ini dikatakan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 yang sebelum ini dikenali sebagai pemproses Snapdragon 618 dengan skrin paparan 5.0-inci dan reka bentuk berasaskan keluli.

sumber

Selain itu, Xperia Z6 Lite ini juga dikatakan akan dilancarkan serentak bersama-sama keluarga Xperia Z6 yang lain dan ianya akan diperkenalkan pada bulan Mei 2016.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini dan hanya pelancaran siri Xperia Z6 yang akan berlangsung tidak lama lagi mampu membezakan apa yang benar dan apa yang tidak.

Bagi kami, adalah sesuatu yang mustahil untuk Sony melancarkan enam model didalam satu masa dan ianya mungkin dibahagikan kepada dua pelancaran dimana satu pelancaran akan berlangsung pada bulan Mei manakala satu lagi pelancaran diadakan sekitar bulan September atau Oktober.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.